What color is your underwear right now?
Aku pakai boxer la, warna hitam jenama Alain Delon. Kalau tak percaya nak tengok??? Boink sekejap dengan soalan lucah si Eddy ni. Tuan yang tag aku ni mesti pakai underwear warna pink hahahahaha (eddy aku mengeji ko kejap)
What are you listening to right now?
Memandangkan tengah mood raya, so aku dengar koleksi lagu raya. Sekarang ni tengah dengar suara M.Nasir “Satu Hari Di Hari Raya.”
Where are you right now?
Kat depan computer riba kesayangan aku di hadapan meja study dalam bilik yang bernombor 142 di Kolej Canselor UPM (dengar cerita bilik 142 ni bilik yang paling vogue kat UPM ni hahahaha). Oh ya sambil tu aku menjawab tag si Eddy di pagi buta ni dan ditemani oleh lagu raya M. Nasir.
What was the last thing you ate?
Biskut kering cecah air teh o panas.. Sahur yang masyuuuukkk. Nak cuba??? Meh la hehehe
If you were a crayon what color would you be?
Aku bukan crayon!!! Aku manusia la. Erm tapi kena jawab juga kan?? So aku pilih warna Caramel sebab aku memang suka warna nie dan sesuai dengan personality aku kot. (walaupun aku tahu aku sesuai dengan semua warna)
How is the weather right now?
Suam-suam kuku. (gabungan angin kipas dan angin dari luar yang menyusup melalui tingkap bilik aku ni memang mengantukkan mata)
Who was the last person you talked to on the phone?
Someone yang sangat special dalam hidup aku. Nak tahu??? Tak boleh… Hahahaha ini hanya kisah dia dan aku. Tentang hati dan juga rinduuuu..
The first thing you notice about the opposite sex?
Maya Karin… (tibe-tibe)
Favorite type of Food?
Masakan kampung dan yang pastinya masakan mak aku la. Oh tidak tiba-tiba aku teringin makan rendang daging yang mak aku masak!!!! Tapi kalau kat UPM ni aku suka makan nasi goreng kampung (pedas + ikan bilis goreng bertaburan di atas nasi dengan banyaknya).
Do you drink?
Memanglah aku minum kalu tak kompem aku mati sebab badan manusia memerlukan air tau (cewah jadi pakar kesihatan pulak). Ehem2 air yang yang halal sahaja. Yang haram Cuma minuman Syaitan yang direjam.
Do you smoke?
Haruslah, aku perokok tegar yang sedang gigih berusaha berhenti merokok (statement aku buat kali ke 100). Setakat ni Pall Mall Menthol pilihan aku. walaupun rokok ni macam rokok pelacur, tapi percayalah bahawa aku suci.
Ever get so drunk you dont remember?
Soalan ni boleh diabaikan… Tak releven dijawab.
What color are your eyes?
Warna warni ikut mood. Sekarang ni warna merah sebab mengantuk menjawab tagged si eddy ni.
Do you wear contacts?
Soalan laha dari Eddy… (kes takde idea nak buat soalan la ni)
Single?
Maaf, saya sudah berpunya, and not available. Kalau sudi tunggu, sila isi borang dulu hahahaha
Favorite Month?
Semua bulan aku suka. Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan dapat menyucikan dosa dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Bulan Januari pun aku suka sebab birthday aku (eddy jangan lupa hadiah birthday aku!!!). Bulan Februari aku suka sebab birthday someone special dalam hidup aku. Bulan Julai, Ogos, Disember dan April aku suka sebab birthday family aku.
Ever cried for no reason?
Gila ke??? Aku nangis semuanya bersebab tau sebab air mata aku macam air mata duyung (mahal). Paling tidak pun aku menangis sebab menonton filem sedih yang touching2 dan memotong bawang.
Last Movie you watched?
Aku benci tengok movie kat panggung wayang, tapi kalau tengok movie cetak rompak memang favorite aku. Last movie aku tengok ialah……….. (ntah aku pun tak ingat)
Favorite day of the week?
Berubah setiap minggu. Minggu ni aku suka hari Rabu. Sebab??? Suka hati aku la nak suka hari apa pun hahahaha.
Are you too shy to ask someone out?
Aku ni memang pemalu. Tapi konsep aku “malu tapi mahu” hahahaha. (paham-pahamlah sendiri yer)
Hugs or Kisses?
Selalu peluk kawan-kawan aku. Erm ciuman??? Pernah cium tangan mak bapak aku, cium pipi nenek aku..
Chocolate or Vanilla?
Boleh pilih kedua-duanya sekali tak??? Aku memang tamak. Tambah strawberry sikit hehehehe baru jambu beb.
Do you want your friends to respond to this survey?
Kompem lah.
Who is most likely to respond?
Sesiapa sahaja.. (sebab most of them si Eddy dah tagged dah!!!)
Tapi aku nak Tagged EDDY UTP hahahahah…
Who is least likely to respond?
Erm…. Ntah la no komen.
What books are you reading?
Semua bentuk bahan bacaan yang tidak membosankan. Aku juara program nilam kat sekolah aku dulu tau.
Piercings?
Kat pusat ok?? Seksi macam pelakon filem lucah. Motif tanya soalan macam ni??? Hahaha kompemlah takde.
Fav. Movie?
Fantasy, Sains Fiksyen dan cerita-cerita superhero yang ala-ala gagah perkasa macam aku haha.. Filem seram boleh la..
Fav. baseball team?
Takde… Aku tak minat baseball pun. Persoalannya baseball tue mende??? (ala-ala nerd sket) Ish Eddy ni cubalah tanya soalan yang masuk dek akal skit!!!
Any pets?
Anak ikan. (Ops jangan korang nak fikir bukan-bukan pulak!!)
AIM or Yahoo?
Yahoo
Butter, Plain or salted popcorn?
Jagung bakar ada tak???
Dogs or cats?
Perlu ke pilih anjing??? Najis tau perlu disamak pulak. Tentulah kucing sesuai dengan kesucian aku. Wakakakaka
Fav. flower?
Ermmmmm… Aku minat bunga ke??? Ntah, bunga kaktus kot..
Have you ever fired a gun?
Pernah, pistol mainan yang ayah aku belikan dulu-dulu.. Pistol air dan pistol yang keluar buih sabun tu. Bestnyer hahaha
Do you like to travel by plane as opposed to car?
Tengok tempat la. Kalau jauh sampai seberang laut mestilah naik plane. Ish bestnyer kalu ada private jet hahahaha.
Right handed or left handed?
Flexi gitew hahaha.. Tangan kanan la. Aku bukan kidal ataupun Man Kidal.
How many pillows do you sleep with?
At least 3. Satu sebagai pelapik kepala, satu lagi sebagai penghempap kepala. (macam nak buat burger pulak).. Satu lagi untuk dipeluk manja hahaha
Are you missing someone?
Setiap masa aku merindui seseorang.. (dengan nada ala-ala sedang berlakon dalam filem Yusuf Haslam)
What is the sexiest thing to do?
1.Tidur.. Aku tidur comel tau.
2. makan.. Aku makan pun cute.
3. Menguap sebab ngantuk.. Seksi ooo macam badak air hahahaha
p/s : aku ngantuk.. anyak wooo soalan tagged si eddy ni.. nah Eddy aku dah jawab. Hang sahur la jawapan dari aku wakakakaka