Redapples.com

Entries categorized as ‘Student Life’

Mahasiswa 1 Malaysia : Satu Hati, Satu Inspirasi

Jun 27, 2009 · 2 komen

5049_1168086356798_1067108692_525426_5422763_n

Sesi 1 (Hari Mahasiswa Bersama Kementerian Belia dan Sukan)

17 – 19 Julai 2009
Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (PKSSAAS) UPM.

Antara aktiviti menarik??

Hari terbuka KBS (Pameran daripada agensi-agensi di bawah KBS seperti Rakan Muda, IPPBM, MSN dan lain-lain), Dialog bersama menteri, Bual Bicara Generasi Y (Siaran Langsung RTM), Pembentangan kertas kerja oleh ahli akademik, Paintball Game bersama Rakan Muda, Malam Persembahan Kebudayaan, Majlis Perasmian Pembukaan Program Mahasiswa 1 Malaysia,

Sesi 2 (Jelajah Mahasiswa Bersama Masyarakat 2009)

31 Julai 2009 – 2 Ogos 2009
Zon Utara (dikelolakan oleh MPP UUM)
Zon Timur (dikelolakan oleh MPP UMK)
Zon Selatan (dikelolakan oleh MPP UTEM)

apa yang ada??

Aktiviti-aktiviti kesukarelawan bersama masyarakat, program motivasi bersama adik-adik pelajar, tinjauan kemasyarakatan oleh mahasiswa, menyelami kehidupan masyarakat luar bandar dan lain-lain. Tujuan sesi 2 ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang tanggungjawab untuk membantu dan mendekatkan diri mahasiswa bersama masyarakat setempat.

Sesi 3 (Majlis Penutupan dan Penyerahan Resolusi)

14 Ogos 2009 – 16 Ogos 2009
Putra Banquet Hall, UPM

Apa yang disediakan??

Persidangan pemimpin pelajar kebangsaan (memutuskan resolusi kemasyarakatan), rancangan Suara Siswa (rakaman khas program M1M), Majlis Makan Malam bersama menteri, Penyerahan Resolusi kepada menteri bertanggungjawab, majlis penutupan rasmi dan banyak lagi.

Datanglah beramai-ramai bagi menjayakan program ini!!!

Kategori: Bebas · Kampus · Student Life

Aku di Radio 24 (Bernama Radio) : 93.9 fm

Jun 7, 2009 · 7 komen

06062009194

06062009196 (1) 06062009197

Terima kasih buat Bernama Radio (Radio 24) yang ke udara menerusi frekuensi 93.9 fm atas kesudian mereka untuk memberikan aku ruang dan peluang ini.

Kategori: Student Life

Sekembali Dari Bali, Indonesia

Jun 3, 2009 · 4 komen

Aku benar-benar berterima kasih kepada pihak pengurusan yang memberikan aku ruang dan peluang untuk menghadiri Regional Conference On Student Development di Bali, Indonesia pada 28 – 30 Mei 2009 yang lalu. Sejujurnya, aku berikan kredit kepada penganjur program ini kerana berjaya menyediakan penceramah-penceramah yang sememangnya banyak meninggalkan kesan dalam diri aku khususnya tentang nilai kepimpinan. Ceramah dan cara mereka menjawab pertanyaan pemimpin-pemimpin pelajar yan mengajukan soalan memang memberikan inspirasi kepada aku supaya lebih gigih mendalami ilmu kepimpinan ini sekiranya aku mahu menjadi pemimpin yang baik.

Erm… Malaslah nak cerita panjang dalam blog sebab nanti ada saja yang akan mengutuk aku itu dan ini. Susah betul nak jadi diri sendiri bila menjejakkan kaki dalam bidang kepimpinan kampus ni. Bukan susah sebab banyak kerja dan tanggungjawabnya, tapi susah bila sentiasa berhadapan dengan pemain politik kampus yang jumud dengan perangai  keanak-anakan dan sifat kebudak-budakan mereka.

Aku tak cari kontroversi, tapi kontroversi yang sibuk nak kejar aku. Pening wooooooo!!!! Jadi tataplah gambar aku di Bali untuk beberapa hari ini (ini je yang sempat!!!)

P4060268

Jemaah YDP dan Presiden MPP Kebangsaan yang hadir

P4060266 P4050252

P4060274 P4060275 P4060283

P4060280

p/s : ni je gambar yang ada dalam simpanan aku, selebihnya aku tak tahu ditangkap oleh kamera siapa.

Kategori: Student Life

Bila Q Tidur!!

April 25, 2009 · 9 komen

ina

bila kuliah itu membosankan,
maka pelajar akan mula “berfikir”
“Berfikir” macam yang Detective Q buat tu.

ops..
terlebih sudah!!!

Kategori: Student Life

Jangan Membebel!!

April 24, 2009 · 17 komen

bismila1

Ini peringatan kepada pensyarah, pegawai, mahupun pengawas yang dilantik untuk bertugas di dalam dewan peperiksaan!! TOLONG DIAM ketika peperiksaan sedang berlangsung. Jangan ingat jawatan anda itu menghalalkan anda membuat bising dalam dewan peperiksaan dengan LETERAN dan BEBELAN anda yang memberi tekanan kepada kami yang sememangnya sedang tertekan untuk menjawab soalan peperiksaan.

Walaupun memang hobi anda adalah membebel. Tapi dalam dewan exam, tolong hormati calon exam kerana bebelan itu langsung tidak membantu kami, sebaliknya bebelan itu menyusahkan dan merimaskan kami. Shhhhhhhhhhh!!!!!!

sesungguhnya, aku rasa macam nak lempang je “orang” yang membebel tak sudah dalam dewan exam tadi petang. GERAMMMMMMMMM!!!!!!

p/s : selepas ni aku nak buat penyelidikan tentang kesan bebelan melampau ke atas konsentrasi calon peperiksaan ketika peperiksaan berlangsung. Disaster okay!!!

Kategori: Student Life