Redapples.com

Entries categorized as ‘Layan Emosi’

Aku Juga Manusia Yang Ada Hati Dan Rasa

April 1, 2009 · 5 komen

bismila1

Ayahanda dan Bonda sering berkata

berbuat baiklah kepada semua manusia
balasan jangan diminta-minta
kerana yang Maha Esa lebih mengetahuinya

Cuma
Aku sedikit keletihan dan kepenatan
Penat menjaga hati orang
Letih menjaga perasaan kenalan

hati kawan,
perasaan teman,
hatta hati musuh sekalipun
semuanya perlu dijaga
untuk hindari wujudnya amarah
agar tidak berbalah dan bertelagah

Cuma kadang-kadang terjentik juga rasa kecewa
dalam masa aku sibuk menjaga hati mereka
jarang sekali hati aku dijaga mereka

adakah mungkin terlupa?
atau ia sengaja dilupa?

Entahlah

Aku bukanlah hamba
yang ditugaskan hanya untuk menjaga perasaan mereka
aku manusia biasa
mungkin hanya kenalan,
kawan, teman, atau mungkin juga sahabat
yang juga ada perasaan
yang juga merasai kesakitan

Aku bukan mahu mengemis balasan
hatta diminta untuk disanjung dan dijunjung
tapi adakah menjadi satu kesalahan
jika terima kasih itu dituturkan
yang pastinya
akan mengeratkan lagi ikatan persahabatan
mengukuhkan lagi jalinan persaudaraan

Kategori: Layan Emosi

Aku Bukan Si Tanggang!!!

Mac 30, 2009 · 7 komen

bismila1

Aku menerima panggilan dari Bonda.
Panggilan air mata kerana terlalu rindu mahu berjumpa anaknya sendiri.

Adakah aku sudah jadi Tanggang???

Oh tidak
aku tidak mahu menjadi batu
melupakan orang tua ku..

Ayahanda
Bonda
Anakanda akan mencuri masa
untuk pulang ke desa
walaupun anakanda tahu
bahawa setiap waktu ada tugas yang menunggu!!

Kategori: Layan Emosi

Jawapan Kepada Persoalan Kamu

Mac 28, 2009 · 7 komen

bismila1

******************************

i

“Adakah kamu masih mencari dan ada yang memikat hati
dikala kamu sudah berada dipuncak?”

Bukan aku tidak mensyukuri nikmat
apatah lagi takbur
mendabik dan berlapang dada dengan apa yang aku ada
Aku bersyukur dengan kurniaan yang Maha Esa

Namun, dalam kamus hidup aku
tidak akan pernah ada puncaknya
Aku akan terus berlari dan mendaki
Hingga sampai satu tahapnya nanti
aku akan berhenti dengan sendiri
Apabila aku sudah tidak berdaya untuk menggerakkan kaki
jasad tidak berfungsi
MATI!!

******************************

ii

“Jika diberikan pilihan antara cinta dan cita-cita
Manakah akan menjadi piihan utama kamu?”

Maaf
Aku memilih cita-cita dan kerjaya

Hilangnya cinta sesama manusia
Insyallah boleh dipupuk semula
Namun hilangnya kerjaya
Hancurnya cita-cita
Kita akan dipandang hina
Sampai bila-bila

Aku sudah penat
Membesar dengan hinaan dan cercaan orang

Ini prinsip aku
Tolong jangan mendesak
supaya aku mengubahnya!!

pun begitu
hubungan akrab sesama manusia akan tetap au jaga
silaturahim itu kewajipan

******************************

iii

Aku sudah nekad.
Dan ini adalah tekad aku.

flying_away_by_falkone1

“Terbanglah, bebaskan diri kamu dari dibelengu perasaan yang celaru dan keliru.
Aku tidak akan mengurungmu dalam sangkar kezaliman yang pernah aku ciptakan.”

******************************

Kategori: Layan Emosi

Terbang Mencari Hati

Mac 24, 2009 · 6 komen

heart-in-hands

Aku hanya punya satu hati.
Benar, satu sahaja.
Tidak dua dan tidak juga tiga.

Kalaulah aku ada sayap.
Pasti akan aku terbang mencarinya.

Kategori: Layan Emosi

Aku dan Stabil Tension

Februari 26, 2009 · 1 Komen

1996451406_4526fa591f

Di saat dan ketika ini

aku sedang bengong-bengong lalat, pening-pening lipas, tension-tension ulat bulu, mabuk-mabuk nyamuk kena asap fumakila, dan segala bentuk penyakit-penyakit ringan yang sebenarnya boleh membawa maut.

Sekian sahaja dari saya untuk kali ini

Terima kasih.

Kategori: Layan Emosi