Redapples.com

Mahasiswa Satu Malaysia (MSM) Kerangka Kesatuan Mahasiswa Baru

September 10, 2009 · 6 komen

Perjuangan mahasiswa di era kemuncak pergerakan sekitar tahun 1960 – 1974 amatlah digeruni. Hak  dan kemiskinan rakyat menjadi nadi dan asas perjuangan mahasiswa ketika itu. Semangat dan kepekaan yang tinggi terhadap isu kemasyarakatan dan keperitan hidup masyarakat setempat seolah-olah menjadi darah yang mengalir dalam diri dan jiwa mahasiswa. Hidup rakyat diperjuangkan, kebenaran cuba ditegakkan, nasib petani dipertahankan, masyarakat setempat diberikan perhatian, pemimpin yang tidak berintegriti cuba kita jatuhkan dan pelbagai perkara lagi yang menjadi lambang kekuatan dalam perjuangan mahasiswa tempatan. Daripada isu penubuhan Universiti Kebangsaan 1968, isu Kempen Pilihanraya Umum 1969, Isu Kempen Anti-Tunku 1970, Peristiwa Teluk Gong dan Hamid Tuah 1970, Peristiwa Tasik Utara 1974, hinggalah Peristiwa Baling 1974 semuanya kita laksanakan, sebagai bukti kesucian perjuangan mahasiswa dalam membela nasib masyarakat setempat.

Tidak cukup dengan isu tempatan, isu antarabangsa turut dilaungkan bagaimana demonstrasi menentang pengeboman AS ke atas Hanoi-Haipong 1966, demonstrasi terhadap pendudukan soviet union ke atas Czechhoslavia 1968, demonstrasi terhadap tuntutan Filipina ke atas Sabah 1968, Demonstrasi ke atas British yang menjual senjata kepada Afrika Selatan yang membudayakan Dasar Apartheid 1970, dan demonstrasi menentang lawatan PM Thailand yang menindas umat Islam Pattani 1971 semuanya pantas dilakukan. Itulah mahasiswa suatu ketika di era gemilang dan kemuncaknya.

Dan kini, saya berada di era baharu. Era perjuangan mahasiswa yang dilabelkan sebagai batu, kayu, kaku dan lesu. Kami dilabelkan sebagai mahasiswa yang cacat dan tidak bermaya. Hanya tahu membutakan mata, memekakkan telinga dan mencacatkan anggota terhadap isu-isu yang melanda. Apa yang diutamakan bukan lagi kesatuan perjuangan, tetapi kehebatan menjawab peperiksaan. Untuk menjadi ikon mahasiswa yang disegani, bukan lagi idealisme dan perjuangan yang diperhati tetapi kehebatan kita membulatkan jawapan A, B, C, D dan mungkin juga E. Tapi pastikan, kita menggunakan pensil 2B. Fokus akademik dijadikan alasan, hinggakan banyak daripada kita (dan mungkin juga saya) suka bersikap untuk lepas tangan.

Berdasarkan analisis pembacaan yang mampu saya lakukan, banyak pihak berpendapat masalah kelesuan dan kekakuan mahasiswa hari ini berpunca dari kewujudan AUKU. Dan semuanya itu dikatakan bermula pada era 1975 apabila terdapatnya beberapa pindaan baru yang dibuat pada AUKU 1971 (pindaan 1975)  seperti mana yang dinyatakan oleh Baharudin Ali Masrom, 1975 bermulanya “Zaman Malap Mahasiswa” yang diselubungi oleh ketakutan untuk bertindak (culture of fear). Disebabkan oleh pindaan ini, gerakan mahasiswa yang sebelumnya dikatakan begitu hebat dan membara semakin suram dan tenggelam. Taring yang tajam seolah-olah dicabut, kuku yang kuat mencengkam seperti dipatahkan. Hingga ada yang menyatakan, gerakan mahasiswa selepas pindaan 1975 itu telah cacat anggotanya, lumpuh dan tidak mampu bergerak seperti manusia yang sempurna sifatnya. Gerakan yang sebelum ini agak radikal, lantang dan sentiasa bergelumang dengan demonstrasi tidak lagi mewarnai gerakan mahasiswa. Sudut pidato yang sebelum ini kaya dengan buah fikir mahasiswa mula berlumut dan terbiar. Jika tidak silap saya, ada lebih daripada 10 seksyen AUKU yang boleh dikategorikan sebagai mengongkong dan menyekat terutamanya pada seksyen 15 dan 16. (sila rujuk AUKU pindaan 1975)

Kini, selepas bacaan pertama dilakukan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada 17 Julai 2008, dan kemudiannya diluluskan oleh parlimen dan digazetkan pada Februari 2009, AUKU bukan lagi alasan. Sebanyak 61 peruntukan daripada 106 peruntukan di bawah AUKU  telah dipinda dan menurut Dato” Saifudin Abdullah, Timb. Menteri Pengajian Tinggi yang saya kagumi, pindaan ini secara tidak langsung telah membolehkan mahasiswa kembali berinteraksi dan bergabung dengan pertubuhan dan persatuan luar (kecuali parti politik), berinteraksi dengan mana-mana ahli dan parti politik, kebenaran untuk bersuara dengan lebih lantang tentang apa-apa isu di simposium, konvensyen, seminar atau mana-mana majlis yang bukan dianjurkan oleh parti politik (ini kegemaran saya) dan turut diberikan hak perwakilan dalam Senat dan Jawatankuasa Kebajikan universiti (saya tak pernah merasainya sehingga saat artikal ini ditulis).

9321_1226141375574_1290222150_30647736_1824978_n

9321_1226141455576_1290222150_30647738_4227828_n

Menyerap semangat pindaan AUKU 2009 ini, maka saya memberanikan diri untuk melahirkan idea bagi menyahut saranan Perdana Menteri melalui mekanisme kerangka Mahasiswa Satu Malaysia (MSM) yang telahpun dilancarkan pada Julai 2009 yang lalu. Asas pembentukannya adalah semangat kesatuan pelajar, yang perlu bergabung di bawah satu matlamat perjuangan yang jelas sebagai satu badan bebas yang tidak berkepentingan politik (kalau boleh saya mahu saja daftarkan ia sebagai NGO). Ada 7 nilai sebagai Mahasiswa yang cuba saya terapkan (saya akan jelaskan dalam entri akan datang). Kerana saya yakin dan percaya, mahasiswa Malaysia cukup matang untuk berjuang. Kita bukan hamba kepada mereka yang takut pada bayang-bayang. Walhal bayang sendiri yang dikatakan jembalang. (perlu dinilai dalam keadaan yang sinikal)

DSC00514

Itu adalah sejarah awal, mengapa saya mahu laksanakan agenda Mahasiswa Satu Malaysia, yang seringkali dimomok-momokkan oleh mereka yang tidak sehaluan dengan saya kerana mereka tidak pernah memahami, dan tidak pernah cuba untuk memahami niat dan hasrat idealisme saya yang biasa-biasa ini. Saya bukan mahukan nama, tapi saya mahu melihat pembaharuan. Pembaharuan yang lahir dari kesedaran, bahawa kita adalah pewaris pimpinan masa hadapan setelah puluhan tahun hidup kita dikatakan hidup dalam kongkongan.

Kini alhamdulilah, walaupun tidak ramai yang bersama saya namun gerakan Mahasiswa Satu Malaysia sudah mula melangkah ke fasa kedua. Jelajah Mahasiswa Bersama Masyarakat adalah agendanya. Mungkin tidak jauh berbeza dengan apa yang pernah dilakukan oleh PMUM pada tahun 1970 di bawah gerakan “Projek Perkhidmatan Masyarakat”, namun setidak-tidaknya kami berusaha dan mencuba, untuk mengembalikan kepekaan dan keprihatinan mahasiswa untuk menyelami, memahami dan mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat (khususnya di luar bandar).

DSC00711

Kini fasa teakhir gerakan mahasiswa satu malaysia yang menggusarkan saya. Adakah resolusi yang bakal kami rangka untuk diserahkan kepada kementerian akan diambil tindakan dan akan diberikan perhatian?? (maksud saya bukan sekadar menerimanya sahaja, tapi perlu segera dilaksanakan). Atau ianya hanya akan dipandang ringan sebagai suara picisan?? Sama-sama kita nantikan. Insyallah penyerahan resolusi akan dilaksanakan selepas cuti Aidilfitri ini.

bersambung…….

Kategori: Bebas

6 gerakbalas-gerakbalas so far ↓

  • fazilyahaya // September 10, 2009 pada 4:55 pm

    sukenye baca.. penuh fakta…

  • BOBO // September 10, 2009 pada 8:57 pm

    Salam.

    Adakah timbangan 8 nilai yang dibawa dalam gagasan 1 Malaysia oleh Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pelengkap kepada 7 nilai gagasan Mahasiswa 1 Malaysia?

    Sifat gagasan ini bagaimana?

    Adakah Konteks AUKU (pindaan 2009) atau Akta 30 ini bakal merevolusikan gagasan Mahasiswa Satu Malaysia atau tidak?

    Adakah bahagian pentadbiran universiti turut menjadi agen pelaksana kepada kerangka Mahasiswa Satu Malaysia?

    Namun, saya cukup kagum dan bangga dengan saudara atas idea gagasan Mahasiswa Satu Malaysia sebagai mekanisme terbaik dan menghapuskan isitilah ‘mahasiswa lesu’ pada ketika ini.

    Semoga usaha kita diberkati Illahi.

    W’salam.

    Buat BOBO, 7 nilai teras mahasiswa satu malaysia tidak jauh berbeza dengan gagasan 1 Malaysia PM. cuma ia perlu dinilai dari perspektif seorang mahasiswa. (saya akan terangkan dalam entri akan datang, masih dlm pembinaan). Tapi sejujurnya saya berpandangan, utk mengembalikan kekuatan gerakan mahasiswa, kesatuan dan kesepaduan mahasiswa perlu dibina terlebih dahulu kemudian kita bergerak menuju matlamat dan sasaran yang jelas. Buat masa ini, apa yang boleh kita lakukan adalah mengembalikan kesedaran mahasiswa bahawa perubahan bermula dengan diri kita.

    Menjawab persoalan AUKU (pindaan 2009), saya katakan ia akan membawa revolusi sekiranya setiap daripada kita sedar akan ruang yang diberikan. Untuk berjuang kita tidak semestinya radikal, tapi lebih molek jika bertarung akal. Jadi gunakan ruang dan peluang yang ada dengan sebaiknya. Sebab itulah saya lebih gemar membuka ruang kepada rakan-rakan mahasiswa yang berminat utk bersama-sama saya menghadiri mana-mana simposium, konvensyen, seminar, forum dsb kerana di situ, kita akan belajar banyak perkara dan di situ juga kita boleh lantang bersuara.

    Persoalan ketiga tentang pengurusan universiti. Setakat ini, pihak pengurusan bersama-sama saya. menyokong penuh hasrat dan idea ini utk mematangkan mahasiswa. Tetapi kalau ada yang menentang, mungkin saya perlu mencari jawapan mengapa ia ditentang. Bagi saya, tidak ada salahnya jika kita lakukan sesuatu untuk membawa pembaharuan asalkan pembaharuan itu membawa kebaikan kepada semua.

    Terima kasih BOBO.. apa yang pasti perjuangan mahasiswa perlulah berpaksi pada 2 asas utama. Mencintai kebenaran, keadilan dan segala bentuk kebaikan dan membenci kejahilan, kepalsuan dan segala bentuk keburukan. Kalau bukan kita yang mulakan, agak-agaknya bila dan berapa lama lagi perlu kita menanti dan menanti sedangkan setiap hari mahasiswa dihina dan dicaci.

  • Admin // September 16, 2009 pada 12:46 am

    salam perjuangan

    admin,
    aliffafnan
    http://ntvirus.wordpress.com/

  • nouirs // September 16, 2009 pada 5:49 pm

    Salam Aidilfitri…
    Maaf zahir dan batin,
    moga gigih menghadapi Aidilfitri kali ini…

  • khazaidi // September 29, 2009 pada 9:52 am

    selamat berjaya dalam menrevolusikan roh dan semangat mahasiswa di malaysia.

  • liza // Oktober 14, 2009 pada 11:12 pm

    salam….
    liza nampak abg shamsul kt picc 2 ari lepas..
    (ari isnin)

Tinggalkan Komen