Redapples.com

Teddy Bear Museum : It’s Cute!!

Julai 16, 2009 · 6 komen

P7080020

Destinasi yang sempat aku lawati bersama teman-teman di sini pada hujung minggu yang lalu adalah di Teddy Bear Museum yang letaknya di Menara Seoul. Kalau tidak silap aku, Menara Seoul ni letaknya di Namasan.

Bagi aku, tempat ini menarik untuk dijadikan destinasi lawatan khususnya kepada pencinta teddy bear yang kelihatan comel-comel menggayakan budaya dan cara hidup masyarakat tempatan Korea. Tapi pesanan kepada lelaki-lelaki yang berhasrat membawa teman wanita ke sini, anda perlu berhati-hati kerana harga anak patung berbulu ni mahal harganya. Hahahaha jadi pastikan anda membawa bekalan wang yang mencukupi untuk memenuhi permintaan kekasih anda.

P7080027 P7080043 P7080034

P7080044 P7080046 P7080045

P7080029 P7080040 P7080049

Untuk pengetahuan semua, teddy bear yang menggayakan budaya dan cara hidup masyarakat Korea ni bergerak-gerak. Mungkin menggunakan kuasa bateri (ntah aku pun tak tahu sangat). Tapi serius, ia kelihatan comel dan ada juga yang  menggelikan hati. Macam-macam budaya dipamerkan melalui gerakan teddy bear ni, bermula dari zaman kuno hinggalah ke zaman moden. Semuanya ada!!!

P7080055 P7080058 P7080054

P7080038 P7080060 P7080026

Kami juga sempat merakamkan gambar bersama-sama patung yang besar saiznya ini. Aku rasa aku pun dah macam teddy bear dah!!!

Kategori: Bebas

6 gerakbalas-gerakbalas so far ↓

Tinggalkan Komen