Redapples.com

Sekitar Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2009 Edisi 2

Mac 11, 2009 · 17 komen

Aku berbangga menjadi salah seorang peserta pertandingan ini. Bukan berbangga kerana berjaya menjadi duta kecil Malaysia, tetapi aku bangga kerana dapat bertemu dengan peserta-peserta dari pelbagai pelusuk Negara dunia yang dihiasi dengan latar budaya yang berbeza tetapi fasih bertutur dalam bahasa ibundaku yang tercinta.

Sepatutnya, anak watan Malaysia yang telah sekian lama bersetuju untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai kebangsaan perlu berasa malu dengan peserta-peserta bukan berjati diri melayu yang menyertai pertandingan ini. Mereka bukan orang Melayu, dan mereka bukan penutur asli bahasa Melayu tetapi mengapa mereka boleh mempelajari bahasa Melayu sedangkan di Negara sendiri Bahasa Melayu semakin dianak tiri?

antara

antara-2

Mereka datangnya dari Australia, China, Kazakhstan, United Kingdom, Yaman,  Romania, Ukraine,  Albenia, Serbia, Korea, Amerika Syarikat, Palestin, Poland, Russia dan banyak lagi Negara hatta dari Jepun dan Perancis yang begitu mendaulat bahasa ibunda mereka turut berupaya bertutur dalam bahasa Melayu. Walaupun mungkin ada pelat-pelat dalam pertuturan mereka, tapi bagi aku ia jauh lebih bermakna berbanding anak melayu yang tidak tahu mendaulatkan bahasanya sendiri.

Ini mungkin coretan peribadi aku sebagai anak Melayu yang tidak mahu kehilangan bahasa sendiri kerana kita sedar, selepas tulisan jawi menyepi adakah kita mahu bahasa kita pula yang dimamah globalisasi??

p/s : aku bangga melihat mereka bertutur dalam bahasa ibunda aku. Terima kasih dan aku hargainya.


Kategori: Pidato

17 gerakbalas-gerakbalas so far ↓

  • lurunna // Mac 11, 2009 pada 3:26 am

    Tahniah atas kejayaan bertubi2…kteorg yg tengok pn bangga apatah lagi pemenangnya…n paling bangga bila melihat BM di peringkat antarabangsa.

    Budak Epal : kalau pertandingan sebegini terus diperkasa lagi hebat nilai bahasa kita

  • Anti-PPSMI // Mac 11, 2009 pada 6:10 am

    bangga melihat warga asing fasih bertutur bahasa ibundaku…

    Budak Epal : memang menakjubkan

  • ratusagi // Mac 11, 2009 pada 7:26 am

    Mesti best kan ckp ngan diorg xpayah pakai BI.
    Tak payah pening2 nak pikir.
    heheheheh…

    p/s:kan best klu BM jd Lingua Franca. Xpayah pening2 kena g kelas BI. huhuhu…

    Budak Epal : kadang2 terlepas english gak dengan American Girl from Hawaii

  • qdetactive // Mac 11, 2009 pada 8:04 pm

    aku masih lagi tidak percaya dia sudah kawen. argh….

  • izzra // Mac 12, 2009 pada 7:42 pm

    aku dapat gmbar ngan peserta armenia yg suke nyanyi tu…..huhuhuhuh,ko dapat?

    Budak Epal : dapatlah hehe

  • penutup pinggan // Mac 13, 2009 pada 2:47 am

    Tahniah… travelog yang sangat membanggakan…. Namun apakah nilai kembanggaan itu kerana kita hanya insan kerdil berada di bumi upm ini. Mungkin kita adalh besar jika dinisbahkan dengan semut. maka kita berkata ketepi kau semut, aku mau lalu. Kerna semut taw kekerdilannya maka akurlah dia. Jika kita besarkan skema lensa ke atas maka kita nampak la upm dan kita pula sebesar semut… makin tinggi lensa skema kita maka kita nampak selangor, malaysia, gagasan nusantara, benua, bumi, galaksi bima sakti. dan galaksi bima sakti itu adalah hanya setitik kepada kosmos2 yang infiniti besarnya, logiknya kita makin kecil kecil sehingga mungkin setitik, separuh titik, suku seterusnya pixel2 yang sangat kecil [ hanya zarah yang kecil]. tersentuh ketika saya membaca buku travelog dakwah meniti hari esok( m. Kamil Ibrahim) bab2 hebat?
    kerana ayat ” sekiranya kita hendak, semuanya boleh dilakukan. Sekiranya tdk mau, seribu alasan diberi. Saya rasa saya tidak bermasalah . Cubalah tuan seminggu.ia akan menjadi kebiasaan” penulis beristigfar banyak kali kerana terlintas perasaan bangga diri hanya kerana perkataan itu sudah ada unsur2 bangga diri dan merendahkan org yang bertanya. Sayang sangat sayang hanya kerana masalah hati yang sedikit anda sepatutnya lebih jauh kejayaan itu disandarkan. [mengingatkan untuk diri sendiri juga]. Klu ayat pertama dimulakan dengan kesyukuran kita adalah lebih sejuk dan barakah. iapakah kita untuk berbangga dgn-NYA sedangkan kita di skema-NYA adalah ternyata seperti tiada apa2.SPengurusan masa yang berkesan meet’g, discussion adalah lebih baik tidak menjejaskan waktu2 solat juga di tekan dalam buku travelog ini. Buku ini….terlalu tersentuh
    apapun bahasa melayu adalah bahasa ku kerna aku mengenal agamaku kerana bahasa ini, aku mengenal erti kegembiraan adalah kerana bahasa ini, aku mengenal ilmu kerna bahasa ini. walaupun hanya bermula ngan ma.
    Jadilah pemimpin yang dicontohi, jauhkan dari kepentingan diri, ikhlaskan hati, betulkan niat
    Doa dari saya agar travelog anda adalah yang terbaik untuk umah sejagat. titilah dengan iman dan amal kerana makin kita di beri ujian berat[ duit,kepentingan, jawatan dan sewaktu dengannya] makin kita kuat jika kita mengutip hikmah2 itu. Maju dan maralah …

    Budak Epal : nasihat tuan akan saya ingat setiap masa

  • mirhans // Mac 13, 2009 pada 7:20 pm

    tahniah ye..bangga atas kemenangan dan bangga juga orang asing bertutur dalam BM, jika dibandingkan dengan orang Melayu jauh lebih baik pertuturan mereka.

    Budak Epal : terima kasih, benar kita perlu ada perasaan malu itu

  • tqah // Mac 14, 2009 pada 7:25 am

    salam..maaf ye kalau terlari tajuk ckit..urm..sy nk tnya,kt mana ye sy boleh dptkan rakaman pidato pemilihan wakil m’sia?

    Budak Epal : erm cuba link ke http://www.sanggardebat.wordpress.com

  • putraim // Mac 15, 2009 pada 12:31 am

    tahniah!!! tumpang lalu ek. heheheh

    Budak Epal : eeh jiran lalu la hahahaha

  • Pjoyz // Mac 17, 2009 pada 4:23 pm

    Aku tergoda melihat gadis2 antarabangsa.. hahaha

    Budak Epal : Gatei

  • mann // Mac 20, 2009 pada 2:28 am

    aku banggaaa dengan bahasa melayu..tahniah..

    Budak Epal : bahasa jiwa bangsa, pastilah bangga dengan apa yang kita ada

  • farah // April 30, 2009 pada 10:14 pm

    salam..
    nak tya banyak sikit leh..??
    hehe..
    ni haa xpaham pasal satu tajuk pidato ni..
    ”gejala sosial dikalangan belia satu paparan ketandusan jatidiri”
    soalan sy,sy mmg xpaham lgsung..hhahha…
    sbnrnya nk kaitkan ngn ape..?ape yg prlu dberi pnekanan..n leh x bagi contoh2 isi utama..isi utama je..huraian xyah..hehe..plleeezzzz….

    Budak Epal : erm bagi saya jambatan penceritaan utk tajuk tu lebih kepada perlambangan. Tajuk tu cuba melambangkan betapa masalah sosial yang berlaku sekarang adalah lambang dan bukti kepada ketandusan jati diri. atau persoalan mudahnya : mengapa gejala sosial berlaku??

  • farah // Mei 3, 2009 pada 6:41 pm

    mcmne nak kaitkan dgn ktandusan jati diri…??maksudnya kte kne bg hujah kite lbh cnderung kpd bukti la..gitu..?bg cth 1 isu utama leh x..?tlg tau sbb prtandingn tu 9 mei ni…thankz…

  • alpha // Julai 7, 2009 pada 2:39 pm

    bravo…bravo

  • hasanah abu bakar sidek // Julai 30, 2009 pada 9:22 pm

    saya amat berbangga

  • LiLohOnEy // Ogos 28, 2009 pada 3:03 am

    salam singgah :)

  • Mohamed Akmal // Oktober 14, 2009 pada 6:31 pm

    salam!sya mmg meminati pidato!!!!!!!

Tinggalkan Komen