
Kalau undang-undang dan peraturan yang dijadikan sandaran untuk mengukur sama ada seseorang itu melakukan kesalahan ataupun tidak, maka tindakan “pocong” yang melompat-lompat itu tidak salah, kerana tidak pernah ada undang-undang bertulis ataupun enakmen yang menghalang “pocong” itu daripada melompat-lompat sesuka hatinya. Maka bebaslah si Pocong untuk melompat-lompat sesuka hati dan sesuka rasa. Mula-mula lompat dari timur ke barat, kemudian lompat semula dari barat ke timur seperti meludah ke langit terpalit ke muka sendiri hahaha. Agak-agaknya lepas ni nak lompat ke mana pula?? Mungkin “pocong” ini akan menanti peluang terbaik untuk dirinya sebelum melompat ke utara, selatan, barat daya, tenggara, barat laut, timur laut dan sebagainya.
Namun dari perspektif etika pula, mungkin tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa sindrom memocongkan diri ini adalah satu bentuk kesalahan yang tidak boleh dimaafkan kerana sindrom ini tidak ada jauh bezanya dengan sifat talam dua muka atau mungkin ia ibarat enau dalam belukar yang hanya melepaskan pucuk masing-masing utk menjaga kepentingan diri sendiri (kalau salah tolong betulkan).
Tapi, semua itu sekadar pandangan aku sahaja kerana aku tidak boleh menilai dan mengukur niat mereka memocongkan diri. Adakah benar mereka dilahirkan sebagai pocong, atau mungkin mereka sebenarnya terpocong atau dipocong. Oh tidak, begitu complicated nak baca hati orang. Maklumlah hati orang tidak boleh dinilai, inikan pula hati Pocong.
p/s : aku lebih rela menjadi manusia biasa daripada menjadi hantu.


14 gerakbalas-gerakbalas so far ↓
Iqa // Februari 6, 2009 pada 8:58 pm
seram la gamba pocong tu…
Budak Epal : ada kat dalam almari iqa hahahaha
ainunlmuaiyanah // Februari 7, 2009 pada 3:09 am
orang selalu guna katak..
sekarang awak guna pocong pula..
huh!
ideal!
Budak Epal : katak comel sangat.
biha // Februari 7, 2009 pada 1:02 pm
ade 3 pocong dlm gmbr tu..cam sesuai sgt..tgh bermesyuarat lps ni nak melompat ke mana..huhu
Budak Epal : hahaha kebetulan mungkin
zetty89 // Februari 7, 2009 pada 7:07 pm
nape pocong tu mesti 5??
mtif?
masing- masing ade kepocongan dan keterpocongan ke??
diorang tengah nak kongc makann ke dalam tuh?
walaupun xde undang-undang, mereka masih lagi mempunyai hak asasi manusia mereka untuk bebas bergerak..
Budak Epal : use your brain zetty89
Insan Kerdil // Februari 8, 2009 pada 10:52 pm
Jadi mari bersama-sama memancung semua pocong..
hahahha
suke2 aku jer…
Budak Epal : sampai ke?
Pjoyz // Februari 9, 2009 pada 2:21 pm
aku setuju. Pocong memang perbuatan keji.
p/s: Iqa memang keji. hahahahha
Budak Epal : Pyjoyz menggunakan teknik menoyol
angelizwan85 // Februari 9, 2009 pada 5:12 pm
sy rasa…”pocong2″ ni patut diselesaikan spt famili pocong dkt johor tuh, dibakar je. Tapi pocong yg memocongkn diri sendiri nih…x tau la nk wat cam na, mungkin “kubur kata mari” kot..hu..hu
Budak Epal : hahaha setujuuuuuuu
Iqa // Februari 9, 2009 pada 5:49 pm
Apsal pjoy mcm tak puas hati dgn aku je ni?
Xpe.. Xpe..
Ckit je masa lg…
Nanti kan pjoy….
Wahahahahaha!!!!!!! (gelak evil)
Budak Epal : tak campur
zetty89 // Februari 9, 2009 pada 10:12 pm
selalu kene hentam dengan abg syam…
nampak macam 5 waktu siang…
x salahkan matahari…
Budak Epal : abang memang jahat kan?? hahahaha bukan hentamlah, tapi nak memberi cabaran.
zetty89 // Februari 9, 2009 pada 10:16 pm
zaman sekarang punye pocong hanyelah lompat dari K ke P atau P ke K… ade arah lain ke?
thanx atas nasihat yang diberikan…
Budak Epal : ada la zetty, dari P ke B mesra K.
Iqa // Februari 10, 2009 pada 4:15 pm
Aku baru perasan…
Pocong2 tu mcm tgh bersarapan..
Ada 3 ekor pocong, pastu ada sorg perempuan kat tepi tu.
Korg perasan tak???
hehehehehe….
Budak Epal : orang itu adalah iqa
bobo // Jun 4, 2009 pada 12:53 pm
Bila bercakap tentang tafsiran tentang ‘pocong’ untuk diinterpretasikan dalam dunia realiti..sedar atau tidak pada sifat asal ‘pocong’ itu telah dibalut ketat dengan kain kapan dan terbungkam pada jasad yang sudah mati. Baiklah, cuba kita selami dua premis ini :
1. Dibalut ketat dengan kain kapan
2. Terbungkam pada jasad yang sudah mati
Analisis idea pada kedua-dua premis ini bukan pada sandaran matlamat kejadiannya, tetapi membuat spekulasi terhadap ciri luarannya untuk dikaitkan dengan realiti hari ini.
Jika diteliti, pada asas persepsi mendapati ‘pocong’ itu seakan-akan diikat untuk memastikan dia tidak bergerak..tetapi kenapa?
‘pocong’ itu sudah mati, kenapa dia masih kelihatan hidup?
Dari premis asas ini, kita terjemahkan dalam maksud kehidupan, Ini adalah pandangan saya (dah lama x wt keje2 berfikir cm nie..huhu) :
PREMIS 1 : DIBALUT KETAT DENGAN KAIN KAPAN
Sudah tiba masanya, orang yang sudah diketahui kesalahannya perlu diberi iktibar. Dengan mengikat pada satu set peraturan manusia, diharapkan orang berkenaan tidak membuat onar pada yang lain. Jadi, kita katakan ‘pocong’ itu bersalah, dan perlu dikawal.
PREMIS 2 : TERBUNGKAM PADA JASAD YANG MATI
‘pocong’ itu telah dimatikan dalam kehidupan bermasyarakat. Mungkin dia telah dipenjara.. tetapi kenapa masih hidup dan melompat-lompat sesuka hati? Ini mungkin dipanggil sebagai mahu menyampaikan sesuatu yang dulu tidak dapat dinyatakan.. ketika pada ‘jiwa kematian’ dia tidak sedar tentang perlakuannya namun setelah ‘diakapankan’ dia ingin lepaskan diri dan menyatakan sesuatu. Tetapi tidak pasti, apa yang ingin diperihalkan. Namun, banyak yang dapat digambarkan.
Itu hanya rantai idea yang tercalit dari sisipan kognitif yang primitif ini..huhu. Jom, sama-sama kita berfikir..huhu. Kerana idea itu tidak statik tetapi dinamik…
okeh… selamat berkarya dan menjadi pemimpin pelajar yang hebat yea..
w’salam.
IDA UNITAR // Julai 3, 2009 pada 2:56 pm
alamak…ida alergik r pocong2 nih…eiii,seram
Pusat Alat Kesehatan Online // September 6, 2009 pada 12:13 am
Pocongnya lagi musyawarah,….