Redapples.com

Analisis Anugerah Juara Lagu Ke-23

Januari 19, 2009 · 14 komen

2668579512_424465edcf

Anugerah Juara Lagu Ke-23 sekali lagi menyaksikan penguasaan lagu-lagu pop rock yang dinyanyikan oleh band untuk diangkat sebagai JUARA. Jika tahun lepas Estranged mengungguli AJL ke-22 (Itu Kamu), tahun ini tibalah giliran Pakcik Hussin pula yang diangkat menerusi Lagu Untukmu. Tahniah Pakcik Hussin sebab berjaya ketepikan persaingan hebat dari penyanyi-penyanyi lain menerusi hasil seni Pakcik!! Aku kagum!!! Walaupun bertahun-tahun bergerak dengan muzik bawah tanah (underground scene) namun ia tak pernah mematahkan semangat mereka untuk bermain muzik…

update072205_superman

Encik Superman Tewas Kepada Pakcik Hussin @ Badut Berpasukan

Encik Superman merangkap artis pilihan TV3 (seperti yang hangat diperkatakan oleh peminat-peminat gosip) tidak pulang dengan menggigit jari sebab dia hampir-hampir berjaya mencipta rekod. Menang vokal terbaik, persembahan terbaik (aku tetap tak faham apa mesej yang Faizal sampaikan dengan membawa make-up artis ke atas stage ketika buat persembahan) dan lagu balada terbaik (Sampai Syurga – lagu pilihan aku) dah cukup lumayan untuk dia beli koleksi baju dan segala stuff Superhero Superman untuk anak dia di rumah. Cuma sedikit kecewa dengan persembahan Faizal dalam lagu Coba… Terasa nak tukar caller ringtone ni secepat mungkin.

Secara keseluruhannya, aku rasa persaingan AJL tahun ni terutamanya bagi kategori Pop Rock memang sengit. Stacy memang memikat hati dengan persembahan bertenaganya, Elyana kelihatan comel dengan persembahan yang cute miut, Estranged yang agak gempak dengan permainan elemen bayang-bayang, dan Pakcik Hussin dengan muka badut yang berkesan. Penampilan Encik Superman memang menenggelamkan artis lain bagi kategori balada, Kak Ziana tetap anggun walaupun dah semakin berusia (siap bukak kasut lagi), Aizat dan Ayu OIAM nampak sangat hijau (baca:muda), Spider kurang bisa. Kategori Etnik Kreatif sangat membosankan aku tapi suara Zahid sedap juga untuk digandingkan dengan Heliza yang merah gincunya. Erm mungkin Malaysia belum ada lagi bakat yang boleh menandingi Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza dalam kategori Etnik Kreatif ni.

Baiklah selesai jadi pengkritik dunia hiburan, apa kata aku bersifat sinis sedikit tentang isu kampus!!

Berdasarkan analisis aku tentang AJL 23 ni, maka dapatlah disimpulkan bahawa tindakan menetapkan waktu berkempen Pilihan Raya Kampus (PRK) ketika rancangan AJL bersiaran langsung di TV3 memang sia-sia sebab semua mahasiswa tak mahu diganggu dan tak mahu mendengar pun kempen daripada calon-calon. Kalau aku tak fokus macam mana aku nak buat komen tentang Juara Lagu kan!!!

Jadi apa calon MPP boleh buat??

Join dengan budak-budak ni menonton AJL sambil menanti persembahan artis yang mereka gemari. Kan lebih berfaedah berbanding berkempen seorang diri tanpa pendengar.

p/s : kecewa Lee Chong Wei kalah Terbuka Korea!!!

Kategori: Bebas · Kampus

14 gerakbalas-gerakbalas so far ↓

  • Insan Kerdil // Januari 19, 2009 pada 7:27 am

    Pakcik superman buat ala2 klip video secara langsung di atas pentas ( kononnya di syurga semuanya mungkin terjadi)
    Sesuka hati aku jer wat interpretasi.
    Kasihan dengan nasib si aiman yang menjadi mangsa penyolekan ‘lelaki kreatif’ menyebabkan dia kelihatan seakan ……

    Budak Epal : erm ko memang suka wat propa… entah2 en superman tak sempat make-up utk 2nd lagu dia so bawak je make-up artist sekali atas stage

  • teman terulung // Januari 19, 2009 pada 11:17 am

    best eh psembahan faizal tahir? aku x sempat tgk sbb kna join ank buah mhabiskan 3K…huhu….cma dpt tgk kul 10 onwards…huhu..

    Budak Epal : aku tak paham mesej encik superman la malam tadi

  • DEALOVA // Januari 19, 2009 pada 12:09 pm

    aku stuju sngt MEET UNCLE HUSSIEN jd juara!vocal Lan mmg gempak r…gaya p’sembhan pn okey..elyana comey r…mke cm baby doll’s!stacy pn hebat gk..pnuh b’tenaga gle arh p’sembhn stacy 2..gmuruh jntung ak!po rock sume lgu best2..tp balada xbpe best ar lgu2 die..dasyt gle superman m’laysia..mng smpai 3 k’tgori..ak xminat lh gn lgu faizal tuh..myb hadiah die wk2 wt keja amal dlu kt..huhu!pape pn ak ttp vote MEET UNCLE HUSSIEN!!!!Mmm’mwahh!

    Budak Epal : hidup underground music

  • teekay zamri // Januari 19, 2009 pada 7:02 pm

    jam 6.45ptg.kptsn tak rasmi.syamsul menang kerusi mpp.tahniah.

    Budak Epal : mak aih cepatnya!!!

  • eira -cute // Januari 20, 2009 pada 9:01 am

    wey,spe ckp psmbahan faizal x sedap ha?die wt cam dalam klip video taw x?best gler
    tp x puas ati farawahida mng,stakat cam die,aku leh nyanyi
    xde bakat lgsg..membosankan

    Budak Epal : wah eira peminat encik superman rupanya. utk lagu Coba tu saya rasa semi final better then final.

  • fazilyahaya // Januari 20, 2009 pada 12:35 pm

    nampak budak epal duduk depan je malam tu kat bilik tv, reporter rupenye.. hehehe

    Budak Epal : nampak Encik Fazilyahaya duduk belakang sekali sambil bersandar di dinding hahahaha

  • Iqa // Januari 20, 2009 pada 2:19 pm

    Encik Fazil dan budak epal peminat setia muzik kah?

    Budak Epal : utk menenangkan pemikiran

  • awiscool2007 // Januari 20, 2009 pada 2:42 pm

    persembahan faizal tahir untuk Sampai Syurga memang kreatif dan lain daripadaa yang lain… pilihan aku untuk persembahan terbaik malam tuh antara faizal tahir and stacy jer.. yang lain2, like2 jer….

    huhuu…

    Budak Epal : erm estranged ok la.

  • hazri87 // Januari 20, 2009 pada 2:54 pm

    nasib baik ade bdk epal yg setia menganalisis, hehe…aku x smpt tgk, byk keej kene setel… dan pakcik hussain mmg best…

    Budak Epal : setuju setuju

  • echa // Januari 21, 2009 pada 10:20 pm

    farawahida layak menang. dia bukan pertandngkn diri dia. tapi, lagu. lagu dia laen dr yg laen. ade unsur muzik erhu. tak pernah ade etnik kreatif kat m’sia cm tu. dia (actually, lagu yang dia nyanyikan) mmg layak mng.
    faizal tahir “scamper” performance die dr coba. maka, terhasillah apa yang anda lihat. mungkin, dia mewujudkan continuity…
    juri bkn dikalangan pekerja kedai vcd~

    Budak Epal : utk menilai lagu itu bagus atau tidak ia bukan hanya berdasarkan muzik yang digunakan tapi juga perlu menilai melodinya. Bagi aku melodi lagu Farahwahida dah tergelincir dari unsur etnik sebab ia lebih bergenre pop rock. Cuba tengok cara dia nyanyikan kat youtube ke. Erm utk persembahan Encik Superman memang unik, tapi utk nilai persembahan terbaik kita bukan perlu nilai dalam satu persembahan sahaja. Kalau dua lagu itu dikira sebagai satu persembahan maka tidak adil. kamu belajar seni persembahan sepatutnya kamu lebih tahu.

  • auzi // Januari 22, 2009 pada 1:17 am

    assalam.kum.
    ok gak ko punya analisis, epal merah..
    tapi ada sikit bias kat situ.. tak kisah lah.
    supeman, vokal memang okey tapi persembahan.. patutnya dapat kat stacey.
    pada aku persembahan stacey lebih menghibur berbanding superman yang cuma tercegat dikelilingi tukang tukang yang bersimpang siur.
    Uncle Hussien punya anak buah memmmmang wunderbar!
    lain lain pun ok gak.

    Budak Epal : erm bak kata komen sebelum ini, yang menjuri pertandingan bukan orang biasa tapi pakar semuanya. kita ni peminat sahaja.

  • ainunlmuaiyanah // Januari 23, 2009 pada 1:30 am

    kau bertanding untuk pilihanraya mpp ke?

    Budak Epal : erm

  • jijah // Januari 26, 2009 pada 6:03 pm

    nasib baek en superman tak tukar baju atas stage 2..hehe…

    BTW, tahniah ye menang kerusi MPP..
    :)

    Budak Epal : agak rr.. bebanan tanggungjawb yang besar

  • deMahDali // Januari 30, 2009 pada 7:27 pm

    Tika semua budak sibuk melayan AJL, tiba2 ada sebuah kolej buat tayangan amal Palestin…

    Alangkah bahagianya mereka….

    :)

Tinggalkan Komen