Redapples.com

Entries from Oktober 2008

Raja Sehari Tok Guru

Oktober 29, 2008 · 15 komen

Ibarat Pinang Dibelah Dua.. Ish jelesnyer bilalah masa majlis aku nak tiba nie!!!

Penat memandu dari Serdang ke Simpang Pulai tidak terasa dek kemeriahan dan kegembiraan yang tergambar ketika berada di sana. Sejujurnya, aku bukan sekadar seronok melihat Tok Guru mengukir senyuman sebagai raja sehari, tapi aku gembira dengan ikatan persaudaraan yang terjalin antara kami. Benarlah, debat telah menjalinkan hubungan kekeluargaan antara kami semua.

Layanlah 4 keping gambar yang aku curi dari blog Syafiqah ni :

Sesi penyediaan pengantin lelaki oleh KDBM Cosmetic yang diketuai oleh aku sebagai ketua perunding imej yang turut dibantu oleh Fadzril dan Amir.

Sebelum menyerahkan hadiah kepada Pasangan Pengantin

Putera-putera bergambar bersama Raja

Puteri-puteri bersama Permaisuri

Bila menghadiri majlis berbahagia seperti ini, mulalah aku berangan tak tentu pasal. Hehehehe berangan tentang perjalanan majlis aku nanti. Tema warna, tarikh dan segala bagai telah ada dalam kepala. Erm setakat ni aku dah planning baik punya. (confident jerk). So jangan lupa ye datang majlis aku, tahun 2012 nanti. Hahahahahaha

p/s : aku raja berangan yang berpandangan ke hadapan.

Kategori: Bebas

Peperiksaan Akhir Bermula

Oktober 28, 2008 · 7 komen

Bulan dan matahari bergilir-gilir menerangi alam,
Bintang dan awan bergilir-gilir mewarnai langit,
kicauan burung dan cengkerik bergilir-gilir menyemarakkan suasana,
Buku teks dan nota kuliah bergilir-gilir menjadi bahan pembacaannku,

Aku???

stress dan tekanan bergilir-gilir memenuhi ruang-ruang perasaan dan pemikiran.
inilah ragam bila peperiksaan akhir sudah bermula.

Kategori: Student Life

Perodua Kenari : Hadiah Dari Bapa

Oktober 28, 2008 · 15 komen

Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta Kenari warna merah,
Boleh ku bawa ke kuliah

Kategori: Bebas

Jika Ini Takdirnya

Oktober 24, 2008 · 12 komen

Aku hiaskan kau dengan pakaian baru
Aku lengkapkan kau dengan tenaga baru
Tanpa ku menyangka
kini sinar cahayamu pula tiada

Harap kau tak menyalahkan aku
Sekiranya aku pergi mencari penggantimu..

Namun takdir penentu segalanya
Mungkin inilah masanya

Terima kasih dan Selamat tinggal
buatmu
Nokia 6280

AKU NAK BELI TELEFON BIMBIT BARU!!!!

Kategori: Bebas

Hadirnya DIA

Oktober 24, 2008 · 3 komen

+++++++++++++++++++++++++++++

Dia hadir bukan sekadar perawat luka
Bukan hanya tempat untuk berkongsi rahsia
Dia adalah tempat untuk aku bermanja
Tempat untuk aku meluahkan rasa di jiwa

Dia adalah segala-galanya

Ikhlas :
Dari insan yang sekian lama derita
Dalam mencari erti cinta sesama manusia

+++++++++++++++++++++++++++++

Kategori: Layan Emosi