Redapples.com

Detik Aidilfitri : Episod “BAJU RAYA”

September 28, 2008 · 2 komen

Bila aidilfitri menjelma maka berpusulah manusia ke ekspo berhampiran (Jalan TAR memang dibanjiri manusia) bagi membeli baju baru yang digelar “BAJU RAYA”. Padahal baju melayu + sampin songket (untuk lelaki) dan baju kurung, baju kebaya, baju kebarung, jubah dan konco-konconya (untuk wanita) bukan sahaja di jual ketika hari raya. (kadang-kadang baju t-shirt pagoda dan t-shirt bundle RM5 pun kita cakap “BAJU RAYA”).

Kenapa?? Sebab “BAJU RAYA” merupakan baju yang dibeli khas untuk menyambut pagi Syawal hari raya. So kita gelar ia sebagai “BAJU RAYA” walaupun design dan rekaan baju tuh sama jerk.

Maknanya istilah “BAJU RAYA” hanya digunakan atas alasan tujuan ia dibeli dan disediakan. Jadi sekiranya kita membeli kemeja baru atas tujuan untuk menjalani praktikal nanti adakah ia boleh digelar sebagai “BAJU PRAKTIKAL”???

Dan adakah kita melanggar niat pembelian “BAJU RAYA” dan melanggar matlamat asal pembeliannya, apabila kita memakainya di luar hari raya???

Hahahahahaha :p

>>>>>>>>>>>>

Keletah Bonda kesayangan yang tidak boleh dilupa bila memilih baju raya :

  1. Saiz baju kena besar-besar sebab boleh pakai untuk tempoh 10 tahun. Maknanya kalau aku beli baju raya ketika aku berumur 10 tahun, maka aku perlu memilih baju yang bersaiz sama dengan umur aku 20 tahun. Hehehehehe
  2. Warna baju mesti sedondon. Bukan sekadar seragam dengan warna baju Ayahanda dan Bonda, malah kalau boleh perlu sama dengan warna sarung kusyen, alas meja dan juga langsir baru.. (rasa macam sesumpah bila duduk berhampiran langsir)

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~

p/s : aku tak beli baju raya lagi… doakan aku sempat membelinya sebelum Syawal menjelma!!!

Kategori: Bebas

2 gerakbalas-gerakbalas so far ↓

  • awiscool2007 // September 28, 2008 pada 11:23 am

    sayang… tak jadi ke nak beli baju ngan seluar pelikat yg kita tgk hari tuh?? smart sehh….

    huhuhu… trend setter katanya…

    Budak Epal : tahun nie baju raya i warna warni hahahaha

  • hati // September 8, 2009 pada 3:41 pm

    klo wrne pape pn still baju raya …
    better bli nk dkt2 raye.. msti dpt diskaun..
    hehe…
    abg syam,mse 2 leh tawar2 sesuka hati..

Tinggalkan Komen