Redapples.com

Detik Aidilfitri : Episod “MERCUN”

September 27, 2008 · 2 komen

Mercun, bunga api, meriam buluh, meriam tin, meriam tanah dan pelbagai jenis meriam lagi sudah menjadi sinonim dengan hari raya. Kalau sepanjang bulan Ramadhan ni takde dengar bunyi letupan-letupan macam perang zaman Jepun, takde berita tentang terbakar tangan, putus jari dan sebagainya rasa macam tak ada suasana raya la pulak. (aku pernah terbakar bulu kening ok!!). Senang cerita tak happening la walaupun kita tahu risiko yang menanti. Ermmm untuk selamat kita main la mercun yang tak berapa nak mercun tu, mercun “pop” namanya. (mercun ker???)

Pengalaman aku tentang mercun??

  1. Hahahaha macam-macam ada. Aku pernah jatuh parit bersama sepupuku yang kurang comel dari aku sebab takut dengan “mercun lalat” (sungguh hodoh nama mercun ni). Motiff??? Padanlah muka aku sebab berani main mercun, maka beranilah basah lencun.
  2. Aku pernah main mercun roket. Konon-konon nak kerja dengan NASA dan berangan nak jadi angkasawan. Dek kerana kesilapan teknikal, akibatnya?? Mercun roket yang aku bakar tu tersasar masuk dalam rumah nenek aku!!! So korang paham-pahamlah kan betapa terkejutnya Nenda, Bonda dan Makcik-makcikku yang sedang seronok menganyam ketupat@mengumpat. Mereka akhirnya berubah menjadi Spice Girls (Nenda aku penyanyi utama) sambil membebel kat aku dan 5 orang sepupuku yang juga tidak secomel aku. – nasib takde kemalangan jiwa dan harta berlaku.

Pesanan ikhlas kepada adik-adik, jangan main mercun kerana ia membahayakan diri. Kalau sesuatu buruk terjadi kelak masa hari raya nak bermaaf-maafan macam mana nak buat ayat “ku susun sepuluh jari”?? sedangkan jari tinggal 9 jer.

p/s : anak jiran aku dah ready ke belum nak lawan mercun sapa banyak tahun ni hahahahaha

Kategori: Bebas