TAHUKAH ANDA??? PERAMAH 08 telah disertai oleh 8 buah IPT Malaysia (UiTM, UKM, UMP, UNITAR, MMU, UTP, UNITEN dan UPM) yang mengumpulkan sekurang-kurangnya 80 pendebat baru dan lama. UiTM telah menghantar kontinjen paling ramai iaitu sebanyak 20 orang pendebat. Turut hadir memeriahkan program ini ialah alumni-alumni debat IPT Malaysia seperti En. H dan Bob dari UKM, Abg Jijul merangkap jurulatih UM dan UNITEN, Azwan (UMP) dan Abg Syafiq dan Zuhaini (UiTM). Bukan itu sahaja, calon Alumni yang akan bergelar Alumni tidak lama lagi juga turut melapangkan diri untuk bersama kami seperti Mont UiTM dengan Myvi barunya yang berwarna merah – bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta, kereta Myvi warna merah, boleh Mont bawa ke kuliah (lagu khas untuk Mont) dan juga Pyjoyz yang sanggup meninggalkan gerai perniagaannya untuk seketika.


TAHUKAH ANDA??? Kontinjen paling awal tiba di UPM ialah kontinjen MMU yang terdiri daripada Myer Iyeman dan Juniornya saudara Rafiq pada jam 10.00 malam. UMP pula tiba pada jam 2.00 pagi. Disebabkan mereka tiba awal, maka secara rasminya mereka dilantik menjadi AJK hahahahaha. Kami mencipta usul perdebatan, kami menyusun jadual perlawanan, kami mengatur venue pertandingan dan kami lepak untuk beramah mesra sampailah ke waktu bersahur. Hahahaha kesannya, aku hanya tidur 1 jam sahaja sebelum memulakan kerja-kerja menguruskan perlawanan yang bermula jam 9.00 pagi. Mengantuk??? Itu sudah pasti tapi yang bestnya mengantuk itu tidak pernah aku rasai dek kerana kegembiraan bertemu sahabat-sahabat yang disayangi. Yay!!!!


TAHUKAH ANDA??? PERAMAH 08 merupakan program debat paling kejam pada tahun ini sebab penganjur tidak menyediakan makan tengah hari dan minum petang kepada peserta. (air masak untuk membasahkan tekak ketika berdebat pun tak disediakan). Malah peserta-peserta juga diarahkan untuk membuat bubur lambuk yang dinamakan bubur lambuk debat atau ringkasnya LAMBAT. (mujur pegawai-pegawai HEP UPM lebih rajin dari kami hehehehe jadi peserta hanya menjadi pemerhati@mandur sahaja).


Kepada sahabat-sahabat semua, aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjayakan program ini. Maaf aku pinta sekiranya penginapan yang tersedia tidak selesa, tempat berdebat tidak seberapa dan segala kelemahan yang menyebabkan kalian keletihan. Semoga ilmu yang dikongsi itu dapat mematangkan kita.

