
TAG 1 : Aku Jawab
September 10, 2008 · 3 komen

Terima kasih Cybernetics Mind (CM) sebab menge”TAG” aku dengan gambar smiley yang comel ini. Dahlah comel pastu ada kata-kata hikmah supaya aku tak la layu sepanjang waktu. (tiba-tiba aku segar dan bersinar macam gambar smiley tuh *cuma aku lebih comel)>>> mesti ada yang mula terasa seperti ingin menggantung diri kerana tidak dapat menerima kenyataan ini. Maaf ini reality lalalalala.
Aku rasa mesti Deteqtive Q sedang menggaru-garu kepalanya tatkala melihat aku menjawab TAG ini. (So Detective Q anda dengan rasminya di TAG oleh aku). Maklumlah, perkara yang paling aku benci sebelum ini adalah di TAG (terutamanya dengan permainan yang membuatkan aku bengong dan biol beberapa jam sebab tak paham). Tapi tu dulu la. Sekarang aku ada azam baru yang sedikit maju. Aku akan menjawab semua TAG yang aku terima satu demi satu. Insyallah.
Selain Detective Q yang sedang rancak membesarkan perutnya itu dengan kepelbagaian juadah berbuka puasa, siapa lagi yang aku ingin TAG ya??? Hahahaha pastinya Insan Kerdil yang sedang rancak bermain api, Coretan Pena Biru (Pyjoyz) yang sedang diugut oleh aku, Fikir Seorang Fakir yang sedang mengenangkan nasib tiket bas raya nya, Rizdhiah Nahraf (Pa’an) yang suka merapu tapi kelakar, Greenlake @ Tasik Hijau yang sudah lama tidak singgah ke bilik aku yang cantik ini dan Awis Rahim (Bob) yang sedang dilema membeli kereta baru (nanti boleh tumpang gi karaoke).
p/s : cara bermain TAG mulia ini mudah saja, masukkan gambar smiley di atas tu dalam entri terbaru kemudian kamu cari sahaja 5 mangsa atau rakan-rakan kesukaan kamu untuk meneruskan pengembangan dan pergerakan TAG ini.
Terbongkar Sudah
September 10, 2008 · 12 komen

Saya hanya ada satu hati.
Hati saya hanya untuk orang yang saya sayangi.
Ia bukan untuk kamu.
Sebab kamu PENIPU.
maaf saya sudah jemu ditipu
dengan ayat-ayat sampah milik kamu.
Kategori: Layan Emosi

