Perkampungan Debat Persahabatan bagi memenuhi jadual latihan dan pembudayaan debat yang aku gelar “PERKAMPUNGAN DEBAT RAMADAN AL-MUBARAK AHLAN WASAHLAN IPT 2008” (PERAMAH 08) –ini bukan nama program yang sebenar – akan diadakan pada hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad). Ini semua idea yang dicetuskan oleh Myer (MMU) merangkap Juara@Best Speaker Final Terbuka Arau 2008 dan Junny (UTP) merangkap Juara Debat Kemerdekaan IPT 2008. Tak sangka, idea yang lahir dari borak-borak kosong@bergosip pada malam sebelum pusingan saringan pidato kemerdekaan di UiTM tempoh hari kini cuba kami jadikan sebagai sebuah realiti. Terima kasih mencadangkan idea bernas sebegini walaupun program ini adalah program ad-hoc tanpa kertas kerja program, tanpa surat jemputan rasmi, tanpa penaja dan tanpa sumbangan kewangan dari kerajaan negeri (pandai-pandai sendiri la kami nak survive). Semoga segala yang dirancang akan dapat direalisasikan dan dijayakan. Malah mungkin ia akan menjadi perintis untuk aku bergelar projek manager ad-hoc yang paling berjaya di alaf baru ini hahahaha (penat wooooo)
Alhamdulillah, setakat ni banyak IPT yang sudi menyertai. Antaranya UPM, UTP dan MMU sendiri (kompem la kan sebab kitorang yang beriya nak jalankan projek ad-hoc ni.) Juga dari rakan-rakan pendebat UMP, UNITAR, UNITEN, UKM dan UiTM. UM dan MSU masih dalam diskusi sebab mereka lambat dimaklumkan tentang perkara ni, maaf aku ucapkan, faham-faham sajalah program underground macam ni kan. Bila dinilai kembali, sebenarnya kami dah boleh anjurkan sebuah pertandingan debat kan??? (seperti yang dilaser oleh Abg Syafiq UiTM), erm mungkin idea Abg Syafiq ni perlu aku bawa ke tengah, insyallah sama-sama kita usahakan.
Kepada pendebat-pendebat yang sudah bergraduat, kalian juga dijemput hadir bagi memeriahkan perkampungan debat ad-hoc ini, di samping boleh juga kami menggunakan ilmu dan kepakaran kalian dalam memberi kritikan membina kepada kami semua. Yang salah kalian boleh betulkan, yang betul kalian boleh mantapkan. Tapi, maaflah sebab tidak ada surat rasmi yang boleh aku poskan, sebab paham-pahamlah kan ini program ad-hoc (pengulangan sekali lagi) yang memang rushing-rushing wawawa.
Apa pengisiannya???
Kami akan berdebat beramai-ramai (penipuan fakta hanya akan menyebabkan pahala puasa kami semua dikurangkan so jangan berani tanggung risiko untuk menipu sepanjang perlawanan persahabatan ini), kami akan berbuka puasa dan bersahur beramai-ramai bagi mengeratkan ukhwah antara kami semua dengan menggunakan duit masing-masing, memandangkan program ini ad-hoc (pengulangan buat ke sekian kalinya) so penaja tak dapat kami cari, maaf ye hehehehe. Ops, tidak dilupa untuk bertarawikh beramai-ramai juga. :p
Semoga program ad-hoc ini bejaya!!!
p/s : ada sesiapa ingin berbakti dengan menyalurkan dana dan bantuan tak???

