
Jin toncet atau Syaitan bertanduk yang sekian lama menghantui dan mendasari kejahatan, kedegilan dan kenakalan aku sebelum ini sudah ditambat. Maka janganlah kalian hairan dan pelik apabila melihat aku menjadi manusia yang penuh bersopan santun dengan etika ketimuran sepanjang bulan Ramadhan ini walaupun aku tahu aku memang sopan santun orangnya (sabbbbbbb membangga diri).
Ketika aku cuba mempraktikkan kesopanan ini, hati sedikit terguris tatkala ada juga kenalan yang melabelkan aku sebagai “kaki merajuk” (over!!!) hingga nama aku dipermain-mainkan pula (double over!!). Sebagai peringatan, dalam dunia ni hanya ada seorang “syamsul”, sudah tidak akan wujud lagi “syamsul” kedua, ketiga dan seterusnya kerana “syamsul” yang kuat merajuk ni hanya seorang.
Tak perlu menyamakan aku dengan sesiapa pun, dan tak perlu mempersenda dan mempermainkan nama aku. Terima kasih atas keprihatinan kamu.
p/s : semoga aku dapat memperbaiki diri sepanjang bulan Ramadhan ini.


11 gerakbalas-gerakbalas so far ↓
junny // September 2, 2008 pada 6:44 pm
syam…mawi sgt ko nyer imej. hahaha
Budak Epal : hehehehe bayar nazar la. Cute kan??? hahahaha
Insan Kerdil // September 2, 2008 pada 9:40 pm
Melabelkan kita sebagi sesuatu yang negatif pasti akan menyebabkan kita sedih bukan?
Budak Epal : benar, kalau berkali-kali lebih parah rasanya
Ammar // September 2, 2008 pada 9:46 pm
Alamak emosional plak..taula penat key in markah individu..haha
Budak Epal : hahahahaha :p
Nur Hakim // September 2, 2008 pada 9:49 pm
Aik.. pandai merajuk juga ke?? hahaha….
Budak Epal : Lukman ajar. :p
rudy // September 3, 2008 pada 1:37 am
konsepp: mawi n chubby kehkehkehkeh
Budak Epal : ish udah kurus ler. ni better then b4
mkfarhan // September 3, 2008 pada 4:46 am
ko merajuk,yang si nuar buat artikel tentang bikin ayat nak pujuk.Motif??????
Budak Epal : Paan jangan memulakan spekulasi dan propaganda laha.
jijah // September 3, 2008 pada 8:25 am
imej baru sempena Ramadhan???
bagus….tapi klu tanduk tu patahkan,
tutup ngn kopiah or songkok..laagi…baguss…
hehe…
Budak Epal : itu gambar sebelum ramadhan, sekarang ni sentiasa berkopiah hehehehe.. bayar nazar lepas diberikan nikmat rezeki tempoh hari
qdetactive // September 3, 2008 pada 5:47 pm
chubbynyer…welkem tu de klab. hahaha…
Budak Epal : baiklah encik gebu 1
Pjoyz // September 6, 2008 pada 2:30 pm
Hurm.. btol gak cakap paan tuh… cam ada sumthing jek… jeng.. jeng… jeng…
Nurain jamilah // September 9, 2008 pada 6:16 pm
salam, sekadar renungan, syaitan yang bebas berkeliaran di jalanan yang ditangkap,dibelenggu dan dipenjarakan…tetapi masih ada syaitan-syaitan kecil yang tumpang beraja dalam diri manusia masih bermaharajalela..so, hati-hati, jaga iman, tingkatkan amal kerana esok belum pasti kita di alam yang mana? adakah masih diziarahi izrail 70 kali sehari di alam fana ini atau telah menyahut jemputannya ke alam yang tidak mungkin kita kembali semula ke dunia ini…maaf kalau kurang berhikmah..
Budak Epal : Terima kasih mengingatkan
achfaisol // September 15, 2008 pada 4:10 am
terima kasih sharing info/ilmunya…
selamat Berpuasa… semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, amin…
saya membuat tulisan tentang “Benarkah Kita Hamba Allah?”
silakan berkunjung ke:
http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/09/benarkah-kita-hamba-allah-1-of-2.html
(link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link benarkah kita hamba Allah?)
Apakah Allah juga mengakui bahwa kita adalah hamba-Nya?
semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin…
salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/