Redapples.com

Entries from Ogos 2008

Kemerdekaan Ke-51

Ogos 30, 2008 · 4 komen

Selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua. Semoga kita sama-sama mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki.

p/s : nak tulis panjang-panjang macam malas sebab sedang bergosip dengan seorang teman rapat dari U*M yay!!!

Kategori: Bebas

Selayang Pandang : Aku Di Terengganu

Ogos 29, 2008 · 5 komen

Banyak perkara yang aku pelajari sepanjang berada di UMT tempoh hari. Walaupun pulang dengan kehampaan dan kekecewaan, namun banyak juga perkara yang kekal menjadi kenangan. Tahniah UTP, atas kejayaan memecahkan monopoli IPTA dalam pertandingan berprestij sebegini. Semangat juang anda menjadi inspirasi bagi kami memperbaiki prestasi.

Apa yang ada di Kuala Terengganu??

Macam-macam ada, cuma masa dan situasi yang tidak mengizinkan kami merantau ke setiap pelusuk negerinya. Lagipun, dengan emosi yang sedikit tak menentu, kemeriahan dan kegembiraan acara lawatan sedikit terganggu. Tidak meriah seperti selalu.

Korang tengoklah sendiri gambar di bawah ni. Ini sahaja yang sempat singgah di lensa kamera murahku sebelum ia kehabisan bateri (pastikan anda mengecas bateri kamera sebelum keluar)

Masjid Kristal yang penuh kontroversi.

Beca : Pengangkutan awam yang semakin dilupakan.

Antara produk yang dipasarkan di Pasar Payang

Inilah kawasan tumpuan.. mari kita membeli belah keropok losong

Jom membeli belah untuk kawan-kawan dan keluarga di rumah.

p/s : kenapa aku takde mood nak bersiar-siar??? Biarlah rahsiaaaaaaaaa…….

Kategori: Debat

Kecewa Yang Berganti Gembira

Ogos 26, 2008 · 33 komen

Jam 4 pagi aku tiba di bumi UPM ni. Pulang dengan hati yang dipenuhi plaster kerana cuba menghentikan darah yang mengalir keluar dari luka-luka kekecewaan dan kesedihan selepas tewas di pusingan suku akhir Debat Kemerdekaan 2008 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Ya, tewas buat ke sekian kalinya. Sumpahan “suku akhir” ini masih berpuaka…..

Namun, aku sedar. Allah itu maha adil sifatnya. Setiap perkara yang direncana pasti ada hikmah disebaliknya.

Apa hikmahnya???

Johan Pidato Kemerdekaan IPT 2008 kini milik kami semua!!!

p/s : kemenangan ini lebih bermakna dengan kehadiran ayahanda dan bonda dari desa.

Kategori: Pidato

Kali Ini Ke Pantai Timur

Ogos 19, 2008 · 4 komen

Aku akan mengembara lagi. Kali ini ke Pantai Timur pula. Hahahaha, setiap minggu ada saja aktiviti yang memenuhi jadualku. Erm tapi jangan silap, kerana aku mengembara bukan bermakna bersuka ria, tapi memikul tanggungjawab demi universiti tercinta. Berjuang bersama sahabat-sahabat, bersama-sama kami mengejar matlamat.

Jangan lupa doakan kejayaan kami di sana!!!

Kepada yang kelapangan, jangan lepaskan peluang menyaksikan Debat kemerdekaan peringkat IPT 2008 yang akan diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 21-25 Ogos 2008 ini.

Dan tidak dilupa

26 Ogos 2008, singgahlah pula di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menghayati Pertandingan Pidato Kemerdekaan IPT 2008 peringkat akhir.

Sesungguhnya, memang banyak pengisian aktiviti di bulan sambutan kemerdekaan, Cuma kadang-kdang kita terlepas pandang….

p/s : Aku bangga menjadi anak Malaysia!!!!

Kategori: Debat

Pertandingan Pidato Kemerdekaan IPT 2008

Ogos 17, 2008 · 16 komen

Sesi fotografi antara peserta dan para hakim.

Pertandingan Pidato Kemerdekaan IPT 2008 peringkat saringan dan separuh akhir baru sahaja melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, rezeki untuk mara ke pusingan akhir bersama 4 rakan pemidato yang lain memang aku impi-impikan. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kami berentap merebut kejuaraan pada 26 Ogos 2008 ini di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mari kita bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan!!!

Kategori: Pidato