Redapples.com

Debat Komuniti Bestari

Julai 31, 2008 · 12 komen

Paan, gambar hang takde??? Sory yer..

Sabtu ini kami akan bersatu semula setelah lama dipisahkan oleh institusi yang berbeza. Bersama-sama menuju ke utara Semenanjung Malaysia. Meneruskan perjuangan demi merealisasikan impian yang masih jauh untuk berada dalam genggaman.

Pertandingan Debat Komuniti Bestari Peringkat Kebangsaan (Saringan Zon) akan bermula. Setelah sekian lama ia menyepi tanpa perkhabaran terkini, akhirna tiba jua saat-saat yang dinanti.

Doakan kami!!!!

Semoga mencapai apa yang diimpi……

p/s : Wakil dari Perak menjadi halangan pertama!!

Kategori: Debat

Manja

Julai 31, 2008 · 3 komen

Inilah padahnya jika terlalu dimanjakan. Pantang dikerah sedikit, mulalah kekejangan.

Tak pasal-pasal, aku kini bergelar Mahasiswa Kurang Upaya Sementara dek kerana otot lengan aku yang sedang kekejangan.

Ini baru di peringkat permulaan, bagaimana agaknya jika aku gandakan bebanan???

Mungkin aku akan terlantar dan tidak mampu bergerak sekarang…

Alahai otot….

p/s : aku tengah semangat ke gymnasium sekarang ni hehehehehe..

Kategori: Student Life