Tahun lepas aku tidak sempat menyertai aktiviti tahunan ini. Hinggakan ada junior-junior tahun 2 yang sehingga ke hari ini masih tidak aku kenali lagi. Maaf, aku bukan sombong tidak mahu beramah mesra tapi sedikit sibuk dengan minat yang membentuk jiwa aku sendiri.
Tahun ini aku tidak mahu ketinggalan tatkala memiliki sedikit kelapangan. Daripada sukaneka hinggalah majlis penutupan rasmi pada waktu malamnya, aku hadiri dengan penuh gaya dan semangat waja. Mungkin ada kawan-kawan sekuliah yang yang terkejut beruk dengan kemunculanku. Aku doakan mereka sudah kembali normal menjadi manusia.
Di sini aku sisipkan sedikit gambar tentang majlis penutupan yang berlangsung tadi.

Bersama Ayahanda PBMP kesayangan kami semua, Penghulu setiap semester, Pengarah Program dan juga Pengarah Program Seminar Sastera.
Jawatan aku??? Mantan Penghulu semester saja.

Persembahan pelajar-pelajar baharu semester pertama

Persembahan pelajar-pelajar semester 5 (tahun 3)

Persembahan gabungan pelajar semester 5 dan 3

Persembahan pelajar tahun akhir
Gambar semasa sukaneka khususnya gambar muka aku yang dipenuhi tepung (selepas permainan mencari gula-gula dalam tepung) tidak dapat aku sisipkan kerana aku terlalu comel ketika itu. Cewah…
p/s : kepada pengkritik-pengkritik penganjuran program, tolong hentikan propaganda anda sekiranya anda tidak tahu situasi sebenarnya.


3 gerakbalas-gerakbalas so far ↓
qdetactive // Julai 25, 2008 pada 7:48 pm
masuk jugak gambo aku sedang ‘mengece’ ye.
Budak Epal : alamak tersalah masuk gambar la
pentasupm // Julai 25, 2008 pada 11:01 pm
peh, jes gila ko syam, i like. haha
Budak Epal :hah?? ye ke?? erm bangga sekejap.
mizzneno // Julai 28, 2008 pada 8:14 am
aku pergi tapi tak sempat b’sukaneka n tgk p’smbahan..tahniah syam krn b’jaya m’nyempatkan diri.
Budak Epal : masih sedih last year tak dapat join program nie..