

(klik sini) untuk layari blog foto aku
Sudah lama pohonan ini tidak dihiasi bunga. 2 tahun lamanya, mungkin. Sarat dengan kehijauan daun-daunnya sahaja. Tidak ada serinya. Kadangkala agak bosan melihatnya.
Stereotype mungkin…
Aku??
Setakat ini masih pohonan berdaun hijau tanpa dihiasi bunga yang berwarna-warni.
Mungkin kerana mudah dijaga dan diuruskan.


Sejujurnya…
Kini aku semakin gemar mendekati bunga itu. Ia Semakin mekar berkembang. Menghiasi kehijauan daun yang kadangkala sepi tanpa serinya bunga.
Terima kasih bunga, kerana menemani dedaunan yang sekian lama kesunyian.
Aku sudah sedia??
p/s : harapnya bunga itu tidak beracun.


