Redapples.com

Persahabatan

Julai 20, 2008 · 6 komen

Ini antara sahabat-sahabat aku yg baik hati

Di alam universiti ini, merekalah ibu, merekalah bapa, merekalah abang, merekalah adik dan merekalah keluarga kita. Sekiranya kita inginkan kasih sayang mereka, kita mahukan penghormatan dari mereka, kita idamkan simpati mereka dan kita perlukan perhatian mereka, pastikan kita tidak menyakiti dan kita tidak terlalu meninggi diri.

Kesakitan berulang-ulang kali bisa membuat mereka serik untuk mencuba lagi malah mungkin akan menimbulkan rasa mual dan benci. Mungkin.

p/s : tolong tegur kesilapan saya agar saya tidak kehilangan sahabat yang disayangi.

Kategori: Student Life

Pandai Atau Memandai

Julai 20, 2008 · Tinggalkan Komen

Aku agak terkesan dengan penjelasan seorang teman. Tentang ilmu. Khususnya kepada penulis dan pengkritik mentah seperti aku dan mungkin juga kamu. Aku cuma kata mungkin, tapi kalau kalian rasa kalian amat berilmu bolehlah kita berkongsi ilmunya itu khususnya ketika mengupas sesuatu isu.

Cuma aku harap kalian tidak memandai-mandai kononnya berilmu.

p/s : cukuplah ruangan ini aku jadikan wadah perkongsian pengalaman sahaja sebab aku kurang berilmu.

Kategori: Layan Emosi