Redapples.com

Etika Berpakaian

Julai 15, 2008 · 6 komen

(klik di sini) untuk melayari Blog Foto aku.

Dari jauh, kelihatan segak bergaya anak-anak muda ini melangkah menuju ke fakulti. Erm barulah sesuai dengan etika penampilan mahasiswa universiti lebih-lebih lagi kepada kami yang bakal bergelar pendidik tidak lama lagi.

Reaksi Pak Jaga bagaimana?? Hehehe mungkin kecewa kerana tidak berpeluang menyaman kami yang tampan ini.

Cuma ada sesuatu yang tidak kena..

Akibat terlalu leka memikirkan pakaian yang perlu diperagakan akhirnya kami ketinggalan bas pengangkutan.

Puncanya??

Aku yang paling lewat memilih tali leher untuk dipadankan.

Kawan-kawan sorry!!! Aku tak sengaja…

p/s : uruskan diri dan masa anda dengan baik.

Kategori: Student Life