Redapples.com

Sirap pilihan Bonda

Julai 13, 2008 · 2 komen

Merah tapi murah. Inilah minuman pilihan Bonda. Singgah saja di mana-mana, aku yakin dan percaya sirap saja yang mampu menariknya.

Aku rindu pada Bonda. Rindu yang tidak terkira!!!

Kategori: Bebas

Blog Gambar : Aku Baru Mencuba

Julai 13, 2008 · 1 Komen

Blogger di Malaysia memang banyak. Kadangkala sampai tak terkira jumlahnya Saban hari saban masa ada saja berita yang cuba disebar dan disampaikan kepada kita. Sama ada berbentuk jurnal peribadi mahupun dengan memaparkan berita-berita sensasi. Aku tak kisah semua tu janji masing-masing tahu menjaga diri agar kritikan dan penulisan tidak menjerat diri sendiri.

Sekadar ingin berkongsi, aku kini dah memulakan projek blog bergambar pula. Cemburu pada Deteqtive Q yang sudah lama mengusahakan blog bergambarnya tersendiri. Walaupun mungkin tidak sehebat Saharil Conteng dan tidak memiliki kamera secanggih Deteqtive Q, tapi aku peduli apa. Sebab setiap manusia ada pandanganan pendekatan berbeza. HAHAHAHAHAHA!! Kalau sudi jom layari:

www.bilamataberbicara.wordpress.com

Oh ya, kalau gambar yang aku ambil tu buruk dan tidak berseni, jangan dsalahkan kamera aku yang murah ni, tapi salahkan tangan aku yang masih mentah dan baru ingin mencuba.

p/s : Aku dah link blog aku ni di bahagian sisi ladang epal ni dengan nama MATA BERBICARA. Turut aku sertakan blog gambar Deteqtive Q dan Saharil dalam kategori Foto Blog.

Kategori: Bebas