Redapples.com

Aku Berterima Kasih

Julai 3, 2008 · 5 komen

Mungkin antara kami bertiga, aku adalah yang paling akhir mencoretkan rasa bangga dan gembira selepas kenangan berharga yang ditempa. Namun ianya tidak pernah menjadikan aku sang pelupa. Lupa pada jasa dan pengorbanan rakan-rakan sepasukan baruku yang telah banyak membantu.

Buat Khaidzir Farhan dan Rizal dari Uniten, juga buat Nuar (Insan Kerdil) dari UKM, terima kasih kerana memberi aku peluang ini. Jika tidak, mungkin aku tidak mampu tersenyum bersama kalian dan mungkin juga aku tidak mampu menimba sesuatu yang baru. Terima kasih aku ucapkan.

Bersama entri istimewa ini, aku sisipkan juga foto kenangan terindah sepanjang hari pertandingan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor.

Bersama rakan seperjuangan dengan hadiah kemenangan (Ruginya Paan Di Saat Indah Ini)

Bersama Pasukan Hulu Selangor Semasa Majlis Penyampaian Hadiah

Candid yang berkesan, apalah agaknya yang dibicarakan oleh tiga sekawan ni??.

Sempat beramah mesra dengan adik-adik cilik yang peramah ni

Sebelum aku terlupa, terima kasih tidak terhingga juga buat 3 sahabatku dari kampung halaman yang sudi menjadi peneman merangkap jurufoto dan pemandu yang setia. Iwan Kecik, Jaja Zelos dan A’ai, terima kasih. Ada masa nanti aku belanja kalian Insyallah.

Bersama Iwan Kecik Di R&R Pagoh. Sekadar merehatkan badan selepas penat memandu.

Bila masing-masing sudah kelaparan beginilah gayanya. Jaja Zelos lebih over!!

Behati-hati ketika memandu… tapi kalau dah boring, inilah gaya pemandu hari ini (bersama A’ai yang fokus memandu)

Untuk pengetahuan, aku telah membelanjakan hampir RM400.00 untuk menampung kos minyak, bayaran tol dan juga makanan sepanjang pertandingan ini berlangsung. Tapi aku tak kisah tentang semua tu, kerana apa yang lebih penting adalah ilmu dan pengalaman yang aku dapat. Bak kata Puteri “Yang Penting Kita Enjoy!!!”

Kategori: Debat

Meneruskan Kehidupan

Julai 3, 2008 · Tinggalkan Komen

Aku kembali ke ladang ilmu demi menunaikan kewajipanku sebagai seorang pelajar. Seperti biasa sarat dengan azam-azam yang baru. Semoga azam kali ini tidak bersawang seperti semester-semester yang lepas, insyallah. Yang pastinya, aku belum puas bercuti di kampung halaman!! Sekejap sungguh cuti berlalu…

!

Kategori: Student Life