Redapples.com

Entries from Jun 2008

Sekarang Musim Cuti Bukan Musim Epal

Jun 30, 2008 · 2 komen

Bila mula bercuti mulalah penyakit ini menghantui. Penyakit membiarkan ruangan maya peribadi ini sunyi dan sepi dari sebarang berita terkini. Maaflah, bukan itu hasrat di hati tapi biasalah cuti ini jadual aku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang sangat aku gemari (kadang-kadang terbawa-bawa dalam mimpi).

Di sebalik masalah kesibukan yang tidak dapat aku lari, aku juga dihimpit masalah kemudahan teknologi. Maklumlah, di kampung aku tidak memiliki kemudahan capaian internet dari rumah. Nak ke Cyber Cafe?? Hahaha masalah kewangan yang ditambah dengan masalah sesak dengan pelanggan menyebabkan aku malas nak menunggu giliran.

Akhirnya, ruangan maya ini sudah lama tidak berbuah.. Maaf sekali lagi, insyallah aku akan mencoretkan cerita-cerita yang aku lalui sepanjang cuti ini di entri-entri yang akan datang.

wassalam…

Kategori: Student Life

Secoret Rasa

Jun 10, 2008 · 9 komen

Kini aku kembali menjejakkan kaki di bumi UPM. Biarpun masih bercuti, namun aku tetap kembali ke sini untuk mengiringi dan menemani adik-adikku yang sedang bersemangat menggapai apa yang diimpi. Insyallah, dalam tempoh beberapa hari lagi, kami akan menuju ke utara Semenanjung Malaysia buat yang ke sekian kalinya. Menemani mereka menimba ilmu dan pengalaman di sana. Aku doakan yang terbaik buat mereka.

p/s : Tuhan itu maha adil sifatnya.. teruskan berusaha.

Kategori: Debat · Student Life

Makin Lama Makin Sunyi

Jun 9, 2008 · 7 komen

Apa yang aku lalui hari ini, memang berbeza sekali. Mungkin inilah namanya revolusi tatkala masing-masing sudah mula mengejar kerjaya dan cita-cita sendiri meniti kedewasaan hari demi hari.

Jika sebelum ini, setiap kali hujung minggu mahupun hari cuti maka kami akan bersama-sama merangka aktiviti demi aktiviti. Daripada perkelahan di pantai yang kebiruan, perkhemahan di hutan yang kehijauan hinggalah pendakian puncak Ledang yang mendebarkan, semua mampu kami lakukan. Tapi kini tidak lagi. Biarpun cuti berganti cuti, bilangan sahabat yang ada semakin hari semakin menyepi. Masing-masing sudah tidak menetap di kampung sendiri lagi maklumlah kerjaya di luar sana lebih terjamin masa depannya dan lebih besar habuannya. Ada yang sudah bergelar “Abang Polis”, ada juga yang sudah berjinak-jinak untuk belajar berniaga merantau ke seluruh pelusuk negara. Aku dan beberapa orang rakan lagi, sedang sibuk meneruskan pengajian sendiri. Yang belajar di luar negara mungkin setahun sekali baru dapat bersua. Erm maka sunyilah kampung ini dari telatah anak-anak muda seperti kami yang dahulunya sering saja dimarahi kerana membuat bising di halaman rumah sendiri (maklumlah jiran-jiran kami memang sensitif dengan bunyi bising lebih-lebih lagi di malam hari).

Ya, situasi hari ini sangat berbeza. Terdetik juga rasa rindu juga dengan teman-teman lama. Lebih-lebih lagi bila Kaki bangku ini sudah lama tidak menghiasi gelanggang futsal. Hahaha aku doakan semua temanku sihat belaka, semoga kita semua masih berkesempatan untuk bersua muka sebelum masing-masing mengalami zaman revolusi kedua. Zaman mendirikan rumah tangga!!! hahahahaha

Kategori: Bebas