Redapples.com

Bila Aku Dihimpit Perasan + Dedikasi Buat Teman

April 21, 2008 · 9 komen

Selepas aku kembali kepada gaya potongan rambut pendek hasil kompilasi Simple Spiky + Messy + Short Tousled Cut maka secara tidak langsung tahap keyakinan aku meningkat. Mungkin kerana trend rambut pendek ini menyebabkan aku mula menjadi perhatian teman-teman khususnya mereka yang bergelar perempuan. Akhirnya baru mereka menerima kenyataan, bahawa aku adalah antara lelaki kacak dan tampan yang boleh dijadikan pilihan sebagai pasangan. Jangan risau aku masih belum berpunya, ruang untuk anda masih ada dan sentiasa terbuka. Walaupun aku tidak menyelitkan gambar wajah tampanku dengan gaya rambut terbaru, aku optimis, kalian sudah bersetuju dengan pandangan dan pendapat aku.

Ada siapa yang merasakan aku tidak kacak dan tampan? Maaf, anda memang tergolong dalam kelompok manusia yang tidak tahu menghargai seni abstrak seperti mana yang dikatakan oleh pengacara APM malam semalam. (Inilah keadaannya bila aku dihimpit perasan)

Erm untuk memanjangkan entri ini, baik aku berkongsi dengan kalian tentang gadis dibawah ini. Dia bukan kekasih aku, apatah lagi mengenali siapa diriku walaupun aku hensem. Tapi beliau telah meruntun jiwaku dengan lagu nyanyiannya yang terbaru iaitu Memori Tercipta yang dinyanyikan olehnya semasa Grand Final OIAM musim kedua. Erm seperti biasa, bila aku meminati sesebuah lagu baru, maka akan beralunlah muzik itu sehingga ke pagi…

MEMORI TERCIPTA

Bergetar jiwa di persada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi ini
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Disini jua memori tercipta
walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Mengalun suara suri bisikan hati
Seiringnya mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada ku terduga pintunya terbuka

Disini jua memori tercipta
walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
kuingati buat selama-lamanya

Disini jua memori tercipta
walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama.. kenangan bersama…kenangan bersama….

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

p/s : bahagian chorus sangat sesuai ditujukan kepada rakan-rakan final year yang berkenalan dan bersahabat dengan aku melalui dunia perdebatan, dunia pengajian dan apa sahaja dunia yang mempertemukan kita semua atas dasar ikatan persahabatan dan persaudaraan.

Kategori: Bebas

9 gerakbalas-gerakbalas so far ↓

  • Pjoyz xXx // April 22, 2008 pada 2:25 am

    Aku terharu… hehehehe… Letak la gambo terbaru weh…

    Budak Epal : Erm gambo beramai-ramai dengan pendebat-pendebat semalaysia takde (sebab laptop kan kena virus hari tuh).. ops mesti ko rindu nak tengok bukti kehenseman aku kan???

  • Insan Kerdil // April 22, 2008 pada 2:42 am

    ADA SEDIKIT RESPON UNTUKMU DI PAGEKU…
    HAHAHA

    Budak Epal : Fuiyoooo ingin membidasku ke??? Wakakakaka jgn jeles ko kena terima kenyataan la Insan!!! :)

  • firshad // April 22, 2008 pada 3:43 am

    mung potong rambut kat ner.bagitaw weh.akupung nak potong gax

    Budak Epal : KS Salon kat Sri Serdang jerk. Perkhidmatan 3 bintang. (2am Salon Batu Pahat BEST!!!!!)

  • mirhans safni // April 22, 2008 pada 5:19 am

    buktikanlah ko ensem…

    Budak Epal : Cuba ikut gerak hati n bayangkan wajah aku dengan rambut terbaru. Mesti terbukti secara tidak sahih yang aku hensem. hehehehehehe :)

  • mkfarhan // April 22, 2008 pada 7:21 am

    Potongan rambut baru=Aura debat baru haha

    Budak Epal : Sindiran dari finalist integriti.. :)

  • awiscool2007 // April 23, 2008 pada 4:02 am

    beb…. letaklah gambar…. rindu nak tgk…. aku letak dah…. ader berani???? hahaha….

    Budak Epal : Wah adakah ini cabaran???

  • Nur Hakim // April 23, 2008 pada 7:08 am

    Abang2 & Akak sekalian…., rambut baru abang syam biasa2 je… jangan terpengaruh dengan hiperbola yang beliau lontarkan itu… hahahaha… Ingat cantik ke….? (Nada suara kemik…)

    Budak Epal : Tunggu entri baru… buktinya di situuuu hahahahahaha (Nur Hakim tak dapat mengharai seni abstrak)

  • fara // April 23, 2008 pada 4:42 pm

    bleh tahan la…

    Budak Epal : Hehehehe :) peace

  • echa>faizah(dyan) // April 23, 2008 pada 4:54 pm

    ni fesyen rmbut ktua pengawas neh…aku taw…

    Budak Epal :Hahaha ye ke??

Tinggalkan Komen