Hasrat ingin melihat mereka beraksi di pentas akhir kejohanan tersekat di pertengahan. Tatkala selangkah saja lagi untuk menjadi kenyataan, namun inilah ketentuan tuhan. Manusia hanya merancang dan berusaha menggapai apa yang dirancang, namun keputusannya?? Bergantung pada keizinan yang Maha Esa.
Aku? Kecewa!!!! Namun kekecewaan ini lebih terasa tatkala melihat mata mereka berkaca.
Pesanan aku kepada mereka dan diri sendiri juga, mungkin ia bukan rezeki hak kita. Kerana ianya hak kepada mereka yang lebih berusaha.
Walau apa pun, tahniah atas prestasi perdebatan yang membanggakan dan persembahan yang menghiburkan juga mendebarkan. Setidak-tidaknya, mereka tidak kalah dalam keadaan yang memalukan!!!
Untuk aku? Deduktif!!! Ingat!!!!
p/s : Debat Guru KPM juga nasib yang sama, tersekat di separuh akhir. “Cikgu Borek, Anak Murid Rintik”


