Redapples.com

Bila Aku Dan Kucing Berbicara

April 5, 2008 · 9 komen

Aku dan “BRAD PITT” mengucapkan Selamat menduduki peperiksaan akhir dan semoga berjaya kepada semua. Semoga impian kita untuk berjaya dalam pelajaran akan menjadi kenyataan, insyallah..

BRAD PITT : nama manja buat kucing kenit yang comel ni..


Kategori: Bebas

Adakah Kita Bersyukur?

April 5, 2008 · 4 komen

Kalian perasan tak, manusia ni kadangkala tidak pernah bersyukur dengan ketentuan yang Maha Esa. Apa tidaknya, bila cuaca panas mereka mengeluh rimas. Kata mereka proses perpeluhan yang berlaku akan menimbulkan ketidakselesaan lebih-lebih lagi bila disulami dengan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Cuaca panas juga menyebabkan mereka keletihan dek kerana tekak yang mudah kehausan. Tidak cukup setakat itu, ada juga yang berani membuat kenyataan bahawa cuaca panas akan menyebabkan kulit yang putih bertukar kehitaman, maka hilanglah seri kecantikan untuk jadi tarikan si jejaka idaman. Alasan hampeh yang aku bangkang habis-habisan. Sebab bagi aku, kulit hitam manis lebih menawan (macam kulit aku hehehe)..

Dan bila hujan menjelma, aku ingatkan keadaan dan persepsi manusia akan tenang semula. Mungkin mereka akan menjadi lebih baik keadaannya, kerana mereka tidak akan kepanasan dan kulit mereka yang putih mungkin tidak terbakar kehitaman. Cuaca sejuk kedinginan membolehkan mereka merehatkan badan dengan penuh keselesaan. Tapi sayangnya, masih ada suara yang mengeluh kecewa. Terutamanya dari kalangan mereka yang tidak berkereta. Aktiviti yang telah direncana perlu ditunda ke hari esok ataupun lusa. Ada juga yang meluahkan rasa, katanya hujan menyebabkan pakaian tidak dapat dijemur di ampaian maka akan mengalami himpunan pakaian yang belum dibersihkan Mulalah sumpah seranah bermain di bibir mereka. Hati-hati wahai manusia, jangan sampai anda memarahi takdir tuhan yang Esa. Syukurilah dengan apa yang ditentukanNYA.

Di akhirnya aku terus tertanya-tanya. Apakah sebenarnya yang diinginkan oleh manusia?? Bila panas mereka rimas, bila hujan mreka kebosanan. Entahlah, aku sendiri tidak dapat memberi resolusi tentang apa yang terjadi. Semoga kita dikelompokkan dalam golongan manusia yang sentiasa menghadapi dugaan dengan penuh kesyukuran..

Kategori: Bebas